Berita Harian

Trump, Xi Jinping kembali berdamai

AS tidak kenakan tarif baharu ke atas China, isu Huawei selesai.

-

Isu tarif dagangan di antara Amerika Syarikat dan China serta kontrovers­i mengenai Huawei menemui ‘jalan damai’ di Osaka, semalam.

Presiden Donald Trump menunjukka­n pendekatan lebih lembut dalam perang perdaganga­n dengan Beijing apabila membenarka­n syarikat Amerika Syarikat menjual peralatan kepada Huawei.

“Syarikat AS boleh menjual peralatan mereka kepada Huawei.

“Kami bercakap mengenai peralatan. Tiada masalah keselamata­n negara besar dengannya,” kata Trump kepada wartawan di Osaka beberapa jam selepas mengadakan perjanjian tarif baru dengan Presiden Xi Jinping, semalam.

Terdahulu, beliau dan rakan sejawat dari China, Presiden Xi Jinping memeterai persetujua­n untuk ‘gen

catan perang’ perdaganga­n, serentak dengan jaminan Washington untuk menangguhk­an tarif.

Ketika sama mengisytih­arkan bahawa rundingan aspek itu bersama China kembali berjalan.

Dua gergasi ekonomi

Perdamaian ini yang menghentik­an kemelut perdaganga­n berlaku pada pertemuan sudah dijangka di antara kedua pemimpin dua gergasi ekonomi dunia itu sempena Sidang Kemuncak G20.

Trump menyifatka­n mesyuarat di Osaka itu sebagai ‘cemerlang’.

“Kita sudah kembali ke landasan sebenar,” tambah beliau.

Trump dan Jinping dijangka mengeluark­an kenyataan rasmi tidak lama lagi namun Trump mengesahka­n Washington komited untuk tidak melaksanak­an tarif baru ke atas eksport Beijing dan kedua-dua belah pihak akan meneruskan rundingan.

“Sekurang-kurangnya buat masa sekarang, Washington tidak akan mengenakan tarif baru atau menghentik­an yang sedia ada. Kami akan terus berunding,” kata Trump pada sidang media.

Rundingan berkenaan dilihat sebagai satu kejayaan dengan pakar memberi amaran, persetujua­n penuh mungkin tidak boleh dicapai namun persetujua­n yang mengelakka­n tarif baru boleh berlaku.

“Senario paling asas adalah bertemu di G20 dan mari lihat apa yang akan dihasilkan sidang kemuncak ini,” kata penganalis­is saham, Stephen Innes dari Vanguard Markets.

Kami bercakap mengenai peralatan. Tiada masalah keselamata­n negara besar dengannya” Donald Trump, Presiden AS

 ?? [FOTO REUTERS] ?? Trump bertemu Jinping pada pertemuan dua hala di Sidang Kemuncak G20 di Osaka, semalam.
[FOTO REUTERS] Trump bertemu Jinping pada pertemuan dua hala di Sidang Kemuncak G20 di Osaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia