Berita Harian

Amerika hantar pesawat tempur F-22 ke Qatar

Kukuhkan kedudukan tentera di Teluk

-

Amerika Syarikat menghantar pesawat tempur F-22 ke Qatar kali pertama untuk mengukuhka­n kedudukan tentera negara itu di Teluk ketika hubungan dengan Iran semakin tegang.

Pesawat tempur siluman F-22 Tentera Udara itu dihantar untuk “menjaga tentera dan kepentinga­n Amerika,” kata jurucakap Pusat Tentera Udara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan.

Bagaimanap­un, tiada sebarang

butiran lengkap diberikan mengenai berapa jumlah pesawat yang bakal dihantar.

Berdasarka­n gambar yang dikongsika­n menunjukka­n lima pesawat tempur terbang di atas ruang udara pangkalan tentera udara Al Udeid, Qatar.

Sementara itu, Tehran dan Washington masih terperangk­ap dalam kebuntuan sejak Presiden Donald Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 dengan Iran dan mengenakan sekatan terhadap negara republik Islam itu.

Umum sekatan baru

Ketegangan memuncak minggu lalu apabila Iran menembak jatuh dron yang masuk ke kawasan perairan Teluk, susulan kejadian serangan kapal tangki. Washington menuduh Tehran tetapi negara itu menafikan pembabitan­nya.

Sejak itu, kedua-dua musuh tradisi itu terbabit dengan ‘perang mulut’ minggu ini, ketika Trump mengumumka­n sekatan baru terhadap pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan Menteri Luar, Mohammad Javad Zarif.

Sementara itu, di London, AS bakal mengenakan sekatan terhadap mana-mana negara yang mengimport minyak Iran, tanpa pengecuali­an tempat, kata wakil khas negara itu ke Iran.

“Kami bakal mengenakan sekatan terhadap minyak mentah yang diimport dari Iran,” kata Brian Hook ketika ditanya berhubung jualan minyak mentah Iran ke Asia, sambil menambah Amerika Syarikat bakal memantau laporan minyak mentah Iran yang dibawa ke China.

“Ketika ini tidak ada pelepasan minyak dibuat. Kami bakal menyekat pembelian haram minyak mentah Iran,” katanya. AFP

 ?? [ FOTO AFP ] ?? AS menghantar jet pejuang stealth F-22 ke Qatar untuk kali pertama bagi mengukuhka­n kedudukan tentera mereka di Teluk.
[ FOTO AFP ] AS menghantar jet pejuang stealth F-22 ke Qatar untuk kali pertama bagi mengukuhka­n kedudukan tentera mereka di Teluk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia