Berita Harian

Hidup semula selepas disahkan mati 20 minit

Pakar perubatan bertindak pantas alir arus elektrik terus ke jantung

-

Seorang lelaki Michigan yang disahkan mati akibat renjatan elektrik, hidup semula selepas pakar perubatan bertindak pantas mengalirka­n arus elektrik terus ke jantungnya.

Ketika kejadian, Michael Pruitt, 20, sedang membantu bapa tirinya bekerja di sebuah kejiranan di Detroit 30 April lalu apabila tangga logam yang dibawanya terlanggar wayar hidup.

“Saya hanya ingat terkena renjatan elektrik dan menggigil ketika memegang tangga itu, kemudian terus tidak sedarkan diri,” kata Pruitt dalam siaran akhbar Hospital Beaumont, Farmington Hills.

Pemilik kediaman kemudian menghubung­i perkhidmat­an kecemasan dan memberikan bantuan pernafasan (CPR) sehingga Livonia Fire and Rescue tiba ke lokasi kejadian.mereka terus memberikan Pruitt CPR dan menggunaka­n peranti perubatan defribilat­or sepanjang perjalanan ke hospital Beaumont.

“Mereka membawa masuk seorang pemuda yang nampak sihat tetapi tiada denyutan nadi,” kata Doktor Angel Chudler

“Saya memberitah­u pasukan saya, kita akan mengembali­kan semula pemuda ini.”

Chudler sekali lagi menggunaka­n defribilat­or namun selepas tiada sebarang kesan beliau mengambil keputusan menggunaka­n renjatan kedua yang lebih kuat.

Dianggap ajaib

Selepas mencuba selama dua minit, nadi Pruitt mula dikesan.

Pengarah Perkhidmat­an Trauma, Barbara Smith berkata, apabila seseorang terputus bekalan oksigen, sel otak akan mula mati dalam masa lima minit.

Insiden itu dianggap ajaib kerana Pruitt berjaya dihidupkan semula dan tidak mengalami masalah dengan fungsi otak, katanya.

“Ia membuktika­n betapa pentingnya CPR yang pantas dan berterusan bertujuan mengalirka­n darah ke otak.”

Menurut hospital, Pruitt kini berada di rumah dan beransur pulih namun ibu jari kakinya masih berbalut dipercayai laluan keluar arus elektrik daripada tubuhnya.

Beliau turut melukis tatu di bahagian dada bersempena memperinga­ti insiden itu. Pruitt turut merasakan ia satu pengalaman yang melucukan.

“Bila orang tanya adakah rambut saya tercacak secara semula jadi, kini saya memberitah­u mereka bahawa ia terkena renjatan elektrik.”

 ?? [FOTO AGENSI] ?? Dr Chudler, Pruitt dan jururawat, Yasmeen Bachir seleppas dia pulih di hospital.
[FOTO AGENSI] Dr Chudler, Pruitt dan jururawat, Yasmeen Bachir seleppas dia pulih di hospital.
 ?? [FOTO AGENSI] ?? Pruitt memeluk Dr Chudler tanda terima kasih menyelamat­kan nyawanya.
[FOTO AGENSI] Pruitt memeluk Dr Chudler tanda terima kasih menyelamat­kan nyawanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia