Berita Harian

Ronaldo upah RM94,541 halang paparazi

-

Petrochori: Cristiano Ronaldo dilaporkan membayar tip lumayan kepada kakitangan sebuah hotel mewah di Greece kerana menghalang paparazi, sepanjang penginapan beliau.

Ronaldo menikmati cuti musim panas bersama teman wanitanya, Georgina Rodriguez dan empat anaknya. Baru-baru ini, mereka menginap di hotel lima bintang Westin Resort, Costa Navarino.

Tiada gambar keluarga itu, sepanjang penginapan mereka dan akhbar Sepanyol, AS melaporkan Ronaldo gembira sehingga membayar tip 18,000 pound (RM94,541) kerana berjaya menghalang paparazi.

Semua bilik di Westin Resort mempunyai pemandanga­n Laut Ionian dan kolam infiniti serta dua padang golf untuk pengunjung­nya.

Difahamkan, beliau berjemur di Grecia dan menyambung percutian bersama keluarga di atas kapal layar mewah di Riviera, Perancis.

Empat anak tercinta

Beliau mempunyai empat anak termasuk Cristiano Ronaldo Jr, 9, anak kembar Evaaria dan Mateo, masingmasi­ng berusia dua tahun dan bayi Alana, 1.

Beliau turut dilihat bersama legenda bola jaring, Michael Jordon, ketika percutian itu.

Beliau menikmati permulaan kejohanan hebat di Juventus dengan menjaringk­an 28 gol dalam 43 penampilan dalam semua pertanding­an.

Beliau menang Serie A, kelab itu turut merangkul kejohanan Super Cup Itali, sementara Ronaldo menambah Piala Liga Negara Eropah bersama Portugal, pada hujung musim.

Ronaldo adalah penjaring tertinggi paling muda di negaranya dengan 88 gol dan menjadi pemain paling dikehendak­i dengan 158 penampilan.

Beliau berjaya merakamkan hatrik ketika bertemu Switzerlan­d di peringkat separuh akhir, sebelum menang 1-0 mengatasi Holland pada peringkat akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia