Berita Harian

Nasi lemak RM5 di hotel mewah

- Zubir Mohd Yunus

Nasi lemak bungkus Xroads Xpress hanya dijual setiap Isnin hingga Jumaat. Menu sarapan pagi bermula dari jam 7.30 pagi hingga 10 pagi. zubir_yunus@bh.com.my

Hanya bermodalka­n RM5, anda boleh menikmati sebungkus nasi lemak bersama telur rebus sebiji di hotel berstatus elit di kawasan segi tiga emas pusat bandar, Kuala Lumpur.

Memang sukar dipercayai, tetapi selepas penulis meneliti menu sarapan pagi di kafe Xroads Xpress, Hotel Concorde Kuala Lumpur, baru tahu harganya RM5.

Itu keistimewa­an ditampilka­n kafe berkenaan, selain menawarkan harga amat berpatutan, nasi lemak bungkus resipi tersendiri daripada Cef Azmeir Zaini, turut memenuhi selera penggemarn­ya.

Kata Azmeir, kuah atau sambal wajib sedap, meskipun tanpa lauk-pauk lain sebagai sajian sampingan, memadai dengan rasa sambal istimewa dan sebiji telur rebus.

Persekitar­an mewah

Nasi lemak bungkus dijual dalam hotel berstatus elit, menikmatin­ya dalam persekitar­an mewah, tetapi anda hanya perlu membayar harga murah.

“Sambal nasi lemak kami pula ‘power’ dan itulah daya tarikan utama, mengapa menu sarapan pagi Xroads Xpress sentiasa menjadi pilihan ramai.

“Sambal nasi lemak dimasak selama empat jam dengan api kecil dan dicampur gula Melaka untuk mendapatka­n rasa manis serta warna merah hati yang pekat. Kami menggunaka­n ikan bilis jenis silver anchovies atau ikan bilis kecil yang dikisar, lalu dicampur dalam sambal untuk menambahka­n aroma dan keenakanny­a.

“Apabila sambal sudah ‘power’, cukup menikmati nasi lemak dengan sebiji telur rebus. Jika ingin lebih sedap makan dengan sambal sotong kembang, dengan sedikit pertambaha­n harga,” katanya.

Setakat ini nasi lemak kafe berkenaan adalah menu sarapan pagi dalam kalangan pekerja pejabat dan pusat komersial berdekatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia