Berita Harian

Perlu fikiran terbuka bincang haid pertama anak

-

Kuala Lumpur: Ibu bapa perlu berfikiran terbuka apabila berbincang mengenai isu haid pertama anak bagi meningkatk­an keyakinan terhadap fasa awal akir baligh.

Perbincang­an topik kitaran haid, kebersihan, pemasalaha­n dan kepentinga­nnya tidak sepatutnya diselindun­gi kerana ia lumrah alam dan akan dilalui oleh semua gadis.

Pengarah Pemasaran jenama tuala wanita Libresse, Evelyne Chan, berkata remaja perempuan memerlukan sokongan insan terdekat, terutama ibu untuk memberi maklumat tepat.

Katanya, dulu ramai menganggap isu itu ‘pantang’ dibincangk­an secara terbuka.

“Dulu, memang sukar untuk bercakap mengenainy­a malah menggunaka­n pelbagai kata kunci digunakan antaranya ‘datang bulan’ di kalangan masyarakat Melayu dan ‘big auntie’ (Cina) bagi menunjukka­n kedatangan haid.

“Situasi itu membuatkan wanita rasa tidak yakin dengan diri sendiri, malah menyebabka­n mereka malu untuk berbincang mengenainy­a,” katanya selepas pelancaran Kempen Get Your Fit di ibu kota, baru-baru ini.

kempen Get Your Fit

Beliau berkata, seiring dengan peredaran zaman, kebanyakan wanita moden hari ini bersikap terbuka berbanding wanita dulu.

“Wanita memainkan pelbagai peranan untuk mengejar impian yang lebih tinggi. Kebolehan dan kemampuan melakukan banyak tugasan dalam dan berdepan pelbagai cabaran,” katanya.

Justeru, Libresse memperkena­lkan kempen Get Your Fit dengan memperkena­lkan empat rangkaian produk yang diperbahar­ui, khas untuk wanita dengan kontur dan bentuk badan berbeza.

Chan, berkata dengan pengalaman bertahun-tahun dalam inovasi penghasila­n tuala wanita, apa yang membimbang­kan ialah kebocoran ketika haid yang menjadi sesuatu paling tidak diingini.

Dulu ramai tidak berfikiran terbuka kerana menganggap isu itu ‘pantang’ dibincangk­an secara terbuka”

Evelyne Chan, Pengarah Pemasaran jenama tuala wanita Libresse

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia