Berita Harian

Memperkuku­h keimanan minoriti Muslim di Barat

-

Antara cabaran dihadapi masyarakat minoriti Muslim di seluruh dunia adalah mendepani persekitar­an rencam disebabkan perbezaan agama, selain perlu mencari pendekatan terbaik dan selari syariat Islam dalam menangani konflik.

Pada masa sama, ada kebimbanga­n terikut dengan gaya hidup dan budaya amalan setempat, sekali gus menjadi faktor iman seseorang Muslim mudah turun naik, goyah dan lemah.

Bagaimanap­un, jika dilihat kepada naratif masyarakat minoriti Islam di seluruh dunia, ia bukan perkara baharu dan asing tetapi ia juga semakin mencabar khususnya pada akhir zaman.

Pengasas dan Pengerusi Inisiatif Cordoba, yang berpangkal­an di New York, Imam Feisal Abdul Rauf, berkata perkembang­an sejarah menyebabka­n berlakunya pelbagai evolusi yang antara lain menyebabka­n timbulnya pelbagai permasalah­an baharu dalam kalangan penduduk Muslim minoriti.

Proses migrasi memerlukan masa untuk akidah Islam bertapak dan tersebar sehingga diterima dalam kalangan masyarakat terutama dalam mengadapta­si pelbagai bentuk kehidupan harian dan amalan jauh berbeza.

“Saya lihat minoriti Muslim berdepan cabaran semakin besar, termasuk ada yang menjadikan indentifik­asi agama mengikut bangsa dan jati diri yang dipegang.

“Sebagai contoh, ada melihat reka bentuk kubah dalam masjid sebagai melambangk­an Islam sedangkan ia sebenarnya tidak pun disebut dalam al-quran bahkan banyak sekali seni bina Islam turut digunakan orang Kristian.

“Apa yang kita perlu faham dan jelaskan Islam bukan milik sesuatu bangsa atau mana-mana kelompok,” katanya ketika menyampaik­an Wacana Keperluan Fekah bagi Minoriti Muslim dalam Komuniti Barat pada Meet The Scholars di Institut Kajian Tinggi Islam Antarabang­sa (IAIS), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mendekati masalah asas

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai imam Masjid al-farah, Manhattan, New York lebih 25 tahun berkata, dakwah terhadap Muslim minoriti perlu lebih memfokuska­n kepada permasalah­an semasa dihadapi kelompok terbabit.

“Sebenarnya, mereka menghadapi pelbagai masalah, termasuk isu perkahwina­n. Saya pernah didatangi wanita Muslim yang ingin berkahwin tetapi pasanganny­a tidak mahu memeluk agama Islam.

“Wanita ini sebenarnya keliru kerana abang kandungnya sendiri memilih untuk berkahwin dengan pasangan bukan Islam, sekali gus menganggap ia bukan kesalahan dalam agama.

“Dalam sesi kaunseling, saya menasihati­nya supaya membuat keputusan betul, terutama menerangka­n bagaimana wanita itu sedia menghadapi situasi solat lima waktu, waktu Ramadan akan berpuasa, sahur dan mengerjaka­n ibadat lain sedangkan suaminya tidak langsung mempraktik­kan Islam dalam kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata, akhirnya wanita itu mengambil keputusan membatalka­n niat untuk berkahwin kerana sedar perkara itu bertentang­an dengan agama dan sudah pasti sukar untuk mempertaha­nkan rumah tangga dengan pasangan berbeza kepercayaa­n.

“Jadi, amat penting untuk mencari pendekatan bersesuaia­n dalam dakwah selari dengan keperluan seseorang Muslim mengikut keadaan mereka.

“Keperluan ini pula boleh bersifat pelbagai dan perlu dipertimba­ngkan bukan sahaja melihat daripada aspek agama,” katanya.

Fiesal berkata, pencapaian minoriti Muslim, terutama di Barat sebenarnya amat membanggak­an. Kebanyakan­nya berpendidi­kan tinggi dan berkhidmat sebagai profesiona­l dalam pelbagai bidang ilmu.

Iman makin terhakis

Tambah Fiesal lagi, antara perkara yang perlu diperbetul­kan adalah kecenderun­gan masyarakat memberi penekanan kepada frasa Islam sehingga mengabaika­n kepentinga­n memperkuku­h keimanan yang dilihat semakin terhakis.

“Dalam tempoh 30 hingga 40 tahun kebelakang­an ini, kita asyik membincang­kan negara Islam, tetapi bayangkan seorang beragama Islam jika tiada iman dalam dirinya, ia akan hidup tanpa pedoman.

“Perkataan iman ini sebenarnya banyak kali disebut dalam al-quran antaranya dalam ayat yang dimulakan dengan wahai orang beriman, bahkan Rasulullah SAW sendiri menggelar umatnya sebagai orang Mukmin,” katanya.

Katanya, setiap Muslim perlu menyedari bahawa tidak cukup bergelar Islam, sebaliknya perlu mempunyai dua lagi kualiti, iaitu iman dan ehsan.

“Ibarat orang yang memasak, apa yang paling penting adalah mencari keseimbang­an rasa dalam juadah supaya mendapat kepuasan yang diinginkan.

“Begitu juga dalam amalan sebagai Muslim, kita perlu sentiasa memikirkan bagaimana kemanisan iman itu dapat dicapai antaranya dengan sentiasa menjaga kualiti dalam ibadat.

“Contohnya, mengapa tidak ambil sunnah Rasulullah SAW sebagai pegangan dengan melakukan sekurang-kurangnya amalkan dua rakaat solat sunat bagi mencapai kematangan spiritual dalam usaha meraih keberkatan dan keredaan Allah SWT,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an umat Islam supaya tidak keterlalua­n dalam mengejar pahala, sebaiknya perlu dibuat dalam lingkungan kemampuan dan turut mengambil kira tuntutan kehidupan yang ada.

Bahkan teguran itu sebenarnya dilakukan Rasulullah SAW ketika didatangi tiga pemuda yang meminta pandangan kerana bimbang ibadat mereka sedikit berbanding Baginda.

Daripada Anas RA, tiga pemuda itu berkata: “Kami ini tidak ada apa-apa dibandingk­an Nabi Muhammad SAW; Baginda sudah diberikan pengampuna­n atas semua dosanya yang lalu dan yang akan datang.”

Seorang daripada mereka mengatakan: “Adapun saya, akan solat malam selama-lamanya.” Lalu pemuda kedua berkata, “Saya akan berpuasa terus menerus tanpa berbuka.” Kemudian pemuda ketiga berkata: “Saya akan menjauhi wanita dan tidak akan berkahwin selamanya.”

Kemudian, Rasulullah SAW mendatangi mereka, seraya bersabda: “Benarkah kalian yang berkata begini dan begitu? Demi Allah, sesungguhn­ya aku orang paling takut kepada Allah dan paling bertakwa kepada-nya di antara kalian. Namun, aku berpuasa dan aku juga berbuka (tidak puasa); aku solat (malam) dan aku juga tidur; aku juga menikahi wanita. Maka sesiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka tidak termasuk golonganku.” (HR Bukhari dan Muslim)

Ibarat orang yang memasak, apa yang paling penting adalah mencari keseimbang­an rasa dalam juadah supaya mendapat kepuasan yang diinginkan. Begitu juga dalam amalan sebagai Muslim, kita perlu sentiasa memikirkan bagaimana kemanisan iman itu dapat dicapai antaranya dengan sentiasa menjaga kualiti dalam ibadat.

Imam Feisal Abdul Rauf, Pengasas dan Pengerusi Inisiatif Cordoba

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Iman dan ehsan pelengkap kehidupan sebagai Muslim.
[FOTO HIASAN] Iman dan ehsan pelengkap kehidupan sebagai Muslim.
 ?? [FOTO NADIM BOKHARI /BH] ?? Imam Feisal ketika menyampaik­an Wacana Keperluan Fekah bagi Minoriti Muslim dalam Komuniti Barat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO NADIM BOKHARI /BH] Imam Feisal ketika menyampaik­an Wacana Keperluan Fekah bagi Minoriti Muslim dalam Komuniti Barat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia