Berita Harian

Bakal haji diminta kekal rekod cemerlang

Jemaah Malaysia paling disiplin, sentiasa dapat pujian Arab Saudi

- Oleh Nik Sukry Ramli niksukry@bh.com.my

Semua jemaah haji yang akan mula berangkat ke Tanah Suci, Makkah, pada 4 Julai ini diminta mengekalka­n rekod cemerlang jemaah dari Malaysia setiap kali musim haji berlangsun­g.

Selain diakui sebagai paling berdisipli­n, jemaah dari Malaysia juga sentiasa mendapat pujian daripada kerajaan Arab Saudi berikutan kaedah pengurusan jemaah terbaik dilakukan oleh pihak Tabung Haji (TH) selama ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata beberapa penambahba­ikan dilakukan dengan kerjasama kerajaan Arab Saudi juga dijangka lebih memudahkan urusan sepanjang jemaah haji Malaysia berada di sana.

“Sebelum ini sudah ada sistem pintar

digunakan pihak imigresen di sana (Arab Saudi) yang memberikan keselesaan kepada jemaah kita... mereka hanya perlu melalui pemeriksaa­n di kaunter pendaftara­n masuk sebelum berlepas dan sebaik tiba di Makkah, jemaah boleh terus ke hotel atau tempat penginapan masing-masing dan bagasi milik mereka akan dihantar oleh pihak berkenaan ke bilik jemaah itu.

“Mengenai keadaan cuaca di sana, saya dimaklumka­n suhu di Makkah untuk musim haji tahun ini boleh mencecah 50 darjah celsius, jadi saya nasihatkan mereka ( jemaah haji) dapat membawa pakaian bersesuaia­n selain banyak minum air bagi mengelak terkena penyakit berkaitan fenomena gelombang haba,” katanya yang akan turut ke Makkah pada 2 Ogos ini untuk bersama-sama jemaah dari Malaysia.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Perhimpuna­n Perpaduan Demi Negara dan Majlis Jalinan Muhibah Aidilfitri Peringkat negeri di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Baharin Idris.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai status permohonan penambahan kuota haji, Fuziah yang juga ahli Parlimen Kuantan, berkata perkara berkenaan masih belum diputuskan kerajaan Arab Saudi dan buat masa ini, kuota haji Malaysia kekal 30,200 tempat bagi setiap musim.

Penambahan kuota

“Perkara ini adalah antara yang kita beri perhatian dan buat masa ini, kita akur dengan keputusan mereka (kerajaan Arab Saudi) dan kita akan terus cuba memohon (penambahan kuota) daripada mereka.

“Saya difahamkan, Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, akan melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi dan bertemu dengan Raja Salman. Antara perkara akan dibincangk­an adalah berkaitan isu kuota haji untuk Malaysia dan kita harap ada perkembang­an baik hasil pertemuan itu.

“Kalau boleh ditambah (kuota), lebih bagus kerana buat masa ini, tempoh menunggu (giliran menunaikan haji) sangat panjang dan ada antaranya mencecah sehingga 100 tahun barulah dapat menunaikan haji,” katanya.

Sementara itu, TH dalam kenyataann­ya menyatakan kumpulan seramai 151 lagi petugas Tabung Haji (TH) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa King Abdul Aziz, Jeddah pada Khamis lalu.

TH berkata petugas itu adalah kumpulan kedua petugas awal yang tiba bagi membuat persiapan menyambut ketibaan jemaah haji yang akan tiba kira-kira seminggu lagi, dengan kumpulan pertama petugas seramai 13 orang tiba pada 23 Jun lalu.

“Mereka adalah sebahagian daripada 640 petugas yang akan menyantuni jemaah haji negara pada musim haji kali ini. Kumpulan petugas lain akan tiba secara berperingk­at bersama jemaah haji bermula 4 Julai ini.

“Petugas haji yang tiba dengan berpakaian ihram ini sudah menunaikan umrah sebelum bergerak ke sektor masing-masing di Makkah dan Madinah kelmarin,” katanya.

Saya nasihatkan mereka (jemaah haji) dapat membawa pakaian bersesuaia­n selain banyak minum air bagi mengelak terkena penyakit” Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Fuziah (tiga dari kiri) bersama Baharin (dua dari kanan) pada pelancaran pada Program Perhimpuna­n Perpaduan Demi Negara dan Majlis Jalinan Muhibah Aidilfitri di Kuantan, semalam.
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Fuziah (tiga dari kiri) bersama Baharin (dua dari kanan) pada pelancaran pada Program Perhimpuna­n Perpaduan Demi Negara dan Majlis Jalinan Muhibah Aidilfitri di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia