Berita Harian

Anak pemandu lori, nelayan terima tajaan PETRONAS

-

Kuala Nerus: “Saya berterima kasih pada ayah kerana tegas mendidik hingga pernah mengurung saya di dalam reban ayam, apabila tidak mahu ke sekolah ketika belajar di Tahun Satu,” kata Tengku Muhammad Ashraf Tengku Mamat, 18.

Beliau berkongsi pengalaman itu selepas terpilih ke Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2019 untuk melanjutka­n pengajian ke United Kingdom (UK).

“Saya memang langsung tidak menyangka terpilih melanjutka­n pengajian ke luar negara di bawah PESP 2019 kerana saringan yang dijalani memang sukar. Ini juga berkat doa ayah, Tengku Mamat Tengku Ngah, 67, dan ibu, Che Hasimah Ismail, 51.

“Saya berazam belajar bersungguh-sunguh dan mahu mengubah nasib keluarga serta membalas jasa kedua ibu bapa. Penat lelah ayah bekerja sebagai pemandu lori untuk menyara kami sekeluarga sebelum bersara tidak akan saya lupakan,” katanya yang juga anak bongsu daripada enam beradik.

Tengku Muhammad Ashraf dari Kampung Jerangau, Dungun ialah bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur memperoleh 7A+ dan 2A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 bakal melanjutka­n pengajian ke peringkat A-level dalam bidang kejurutera­an mekanikal di Kolej Yayasan UEM selama dua tahun, sebelum ke UK.

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS 2019 di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), semalam.

Seorang lagi pelajar, Nor Nadirah Mohd Nor, 18, dari Merang, yang akan melanjutka­n pengajian dalam bidang kejurutera­an petroleum berbangga dapat menggembir­akan kedua-dua ibu bapanya, Mohd Nor, 62 dan Noraini Yaacob, 58, menerima tajaan PESP.

Langkah awal capai cita-cita

“Alhamdulil­lah, terpilih untuk menerima tajaan PESP pun sudah cukup menggembir­akan dan ini langkah awal untuk saya mencapai citacita dalam bidang kejurutera­an geosains dan membalas jasa ayah yang sudah banyak berkorban demi melihat saya dan adik-beradik berjaya.

“Sedih juga hari ini ayah yang bekerja sebagai nelayan tidak dapat hadir kerana turun ke laut mencari rezeki. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada PETRONAS kerana memilih saya menerima tajaan ini,” katanya yang akan melanjutka­n Pengajian Asas Kejurutera­an di Universiti Teknologi PETRONAS,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Tenaga Manusia Kumpulan PETRONAS, Datuk Raiha Azni Abd Rahman, berkata PETRONAS memperuntu­k sejumlah RM156 juta untuk PESP 2019 bagi membiayai pengajian 400 pelajar, termasuk 40 pelajar dari Terengganu.

“Mereka ini 400 pelajar yang terpilih daripada 7,355 calon seluruh negara yang memohon pada tahun ini. PESP sebahagian usaha serta sokongan PETRONAS kepada usaha kerajaan dalam membentuk pembinaan negara bangsa yang inklusif dan berdaya maju.

“Mereka yang terpilih ini akan melanjutka­n pengajian dalam pelbagai bidang. Antaranya kejurutera­an kimia dan mekanikal, geofizik, undang-undang dan kursus berkaitan minyak dan gas di UTP serta universiti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, Jepun dan China,” katanya.

 ??  ?? Tengku Muhammad Ashraf Tengku Mamat
Tengku Muhammad Ashraf Tengku Mamat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia