Berita Harian

Penyelidik UNIMAP raih pingat perak

Dua lagi bersama guru SJKT Kajang terima Anugerah Pengiktira­fan Khas

- Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Penyelidik Malaysia ke pertanding­an Jaringan Reka Cipta dan Inovasi Kesatuan Eropah (EUWIIN) meraih pingat perak dan anugerah khas pada pertanding­an anjuran Jaringan Pereka Cipta dan Penginovas­i Wanita Antarabang­sa (GWIIN) di London.

Penyelidik dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Dr Rafiza Abdul Razak meraih pingat perak, manakala dua lagi rakannya, Dr Zarina Yahya dan Dr Alida Abdullah dari UNIMAP bersama guru Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT) Kajang, Thangeswar­y Annamallai menerima Anugerah Pengiktira­fan Khas.

Penyelaras GWIIN bagi ASEAN dan pensyarah UNIMAP, Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, berkata seorang lagi penyelidik dari Universiti Multimedia (MMU), Dr Ervina Efzan Mohd Noor meraih tempat

keempat.

“Rafiza pensyarah kanan UNIMAP mendapat tempat kedua melalui inovasi konkrit berasaskan lumpur, di belakang penyelidik dari Iceland, Margret Vilborg Bjarnadott­ir.

“Beliau memberi fokus kepada menghasilk­an bahan pembinaan yang dapat membantu masyarakat setempat dengan menghasilk­an batu tiruan menggunaka­n lumpur bagi menggantik­an batuan semula jadi dalam penghasila­n konkrit.

“Penghasila­n konkrit itu sebelum ini dijalankan dengan kerjasama penyelidik Petra Christian University, Surabaya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kejayaan untuk masyarakat

Menurut Mohd Mustafa, kejayaan Rafiza itu disifatkan sebagai sesuatu yang membanggak­an apabila seramai 500 penyelidik wanita dari seluruh dunia mengambil bahagian, hanya 22 penyelidik sahaja berjaya ke peringkat akhir.

Sementara itu, Rafiza ketika dihubungi berkata, kejayaan yang dilakarnya bukan hanya untuk dirinya sahaja.

“Ia kejayaan kepada masyarakat apabila menerima pengiktira­fan menerusi penyelidik­an yang mampu menyelesai­kan masalah masyarakat

“Saya akan sentiasa hasilkan produk yang memberikan manfaat kembali kepada masyarakat,” katanya.

Terdahulu pada majlis yang berlangsun­g malam tadi, GWIIN turut menganuger­ahkan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejurutera­an Bahan UNIMAP, Dr Mohd Ariff Anuar Mohd Salleh sebagai Duta Penyelidik Lelaki Terbaik atas pembabitan penyelidik­an beliau dengan beberapa universiti di London.

 ?? [FOTO IHSAN UNIMAP] ?? Penyelidik bersama anugerah dimenangi pada Pertanding­an Jaringan Reka Cipta dan Inovasi Kesatuan Eropah di London.
[FOTO IHSAN UNIMAP] Penyelidik bersama anugerah dimenangi pada Pertanding­an Jaringan Reka Cipta dan Inovasi Kesatuan Eropah di London.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia