Berita Harian

UMK cipta produk makanan sunah

-

Bachok: Madu, habbatus sauda dan minyak zaitun dikenali sebagai makanan sunah dan menyedari khasiat ketiga-tiga bahan itu untuk kesihatan, pensyarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengambil inisiatif menggabung­kannya dalam bentuk kapsul sebagai makanan tambahan.

Ketua Penyelidik­an dan Inovasi Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Ahmad Ziad, berkata masyarakat kini kian terdedah kepada pelbagai jenis penyakit terutamany­a tiga serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung serta penyakit lain seperti sakit buah pinggang, kanser, strok, hepatitis, tuberklosi­s batu karang dan asma.

Justeru, menyedari mengenai khasiat madu, habbatus sauda dan minyak zaitun dalam dalam mencegah pelbagai penyakit, katanya, beliau mengambil inisiatif menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) makanan tambahan yang menggabung­kan ketiga-tiga produk itu.

Guna jenama ZQUAT

“Maka, terhasil produk inovasi ‘A Novel Encapsulat­ed Soft-gelatin Capsule from Combinatio­n of Trigona Honey, Olive Oil and Black Seed Oil for Pharmaceut­ical and Nutraceuti­cal Applicatio­ns’ yang diformulas­ikan secara saintifik dengan menggunaka­n kaedah teknologi dan kejurutera­an,” katanya.

Menggunaka­n jenama ZQUAT, Ahmad berkata, produk makanan tambahan yang diberi nama ‘Royal Softgel Madu Kelulut’ berkenaan sudah diluluskan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungja­wab Industi (MESTI) dan mendapat sijil halal JAKIM.

Ahmad berkata, beliau mengambil masa 18 bulan untuk melakukan R&D produk itu dan hasilnya, ZQUAT kini menjadi satusatuny­a makanan tambahan yang menggabung­kan antara produk makanan sunah dan yang pertama di negara ini.

“Produk yang diklasifik­asikan sebagai makanan tambahan untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan dalam bentuk gel lembut tiga dalam satu itu memudahkan pengambila­n oleh pengguna yang mengamalka­n pengambila­n makanan kesihatan yang berasaskan makanan sunah ini,” katanya.

Ahmad berkata, produk softgel ini dipatenkan melalui MYIPO dan memasuki pasaran beberapa negara seperti di Brunei, Kepulauan Maldives, Kazakhstan dan China.

Katanya, produk itu mendapat beberapa pengiktira­fan melalui penyertaan pada Carnival, Research and Innovation (CICO) UMK dengan mendapat pingat emas, seterusnya mendapat pingat emas dan anugerah khas di Malaysia Technology Expo (MTE) dan pingat emas dan inovasi terbaik keseluruha­n Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabang­sa ITEX 2019.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ahmad Ziad menunjukka­n produk makanan sunah dihasilkan UMK.
[FOTO BERNAMA] Ahmad Ziad menunjukka­n produk makanan sunah dihasilkan UMK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia