Berita Harian

Renard sekali lagi kecewakan Ivory Coast

-

Kaherah: Pengendali Maghribi, Herve Renard memimpin satu lagi kemenangan ke atas bekas pasukannya, Ivory Coast untuk membawa pasukan Afrika Utara itu ke pusingan kalah mati Piala Negaranega­ra Afrika di Mesir.

Jaringan tunggal permainan Youssef En-nesyri di babak pertama mencetus kemenangan 1-0 dan yang ketiga berturut-turut buat Renard dan Maghribi ke atas Ivory Coast yang pernah dibimbingn­ya menjuarai kejohanan itu pada tahun 2015.

Selepas menamatkan saingan Ivory Coast pada edisi 2017 dan layak ke Piala Dunia tahun lalu, Maghribi sekali lagi mengatasi seterunya itu dalam aksi dua pasukan teratas Kumpulan D.

Maghribi memerlukan satu mata pada perlawanan terakhir menentang Afrika Selatan untuk memastikan kedudukan sebagai juara kumpulan, walaupun Ivory Coast masih berpeluang menyertai mereka di pusingan kalah mati dengan Namibia menanti pada aksi terakhir kumpulan.

“Matlamat utama kami adalah mara lebih jauh berbanding apa kami lakukan pada 2017,” kata Renard, yang menyaksika­n Maghribi kendaliann­ya tewas kepada Mesir pada suku akhir dua tahun lalu.

Gelecek tiga pemain

“Kami lebih kuat sekarang tetapi kami perlu mengekalka­n mentaliti yang sama. Jika kami mencapai sasaran, kami akan melihat apa yang kami mampu lakukan. Perjalanan masih jauh dan ia akan menjadi sukar buat semua pasukan.”

Jonathan Kodjia meledak gol dalam kemenangan 1-0 Ivory Coast ke atas Afrika Selatan dan penyerang Aston Villa itu nyaris membuka jaringan pada minit pertama, namun percubaann­ya ditanduk keluar Romain Saiss.

Penyerang Leganes Ne-nesyri meletakkan Maghribi di depan pada minit ke-23 selepas Nordin Amrabat menggelece­k tiga pertahanan Ivory Coast sebelum melorong bola kepada En-nesyri.

Sementara itu, pemain berpangkal­an di Perancis, Bongani Zungu menemui sasaran dalam kemenangan 1-0 Afrika Selatan ke atas Namibia untuk terus menyalakan harapan mara ke pusingan seterusnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia