Berita Harian

Sanchez bawa Chile ke separuh akhir

-

Sao Paulo: Juara bertahan, Chile mara ke separuh akhir Copa America selepas menundukka­n Colombia 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti susulan keputusan seri 0-0 pada perlawanan yang berlangsun­g di Arena Corinthian­s, semalam.

Alexis Sanchez meledak penalti kemenangan selepas tendangan terakhir pasukan Colombia yang diambil William Tesillo tersasar.

Chile akan bertemu sama ada Uruguay atau Peru, Rabu ini di Porto Alegre, manakala satu lagi pertemuan separuh akhir membabitka­n tuan rumah Brazil dan Argentina.

Chile pernah menewaskan Argentina dalam dua perlawanan akhir sebelum ini menerusi sepakan penalti dan kali ini, mereka tidak memberikan peluang buat penjaga gol Colombia David Ospina.

“Saya rasa kami mempunyai peluang (ketika perlawanan). Kami tidak menggunaka­n peluang itu dan diheret ke penentuan sepakan penalti,” kata pemain Chile, Charles Aranguiz.

“Pasukan kami mempunyai keyakinan ketika berdepan situasi sepakan penalti kerana kami sudah menang dua kali menerusi penalti. Jadi ia memberikan kami kekuatan.”

35 kekasaran

Sepak mula di Arena Corinthian­s ditangguhk­an selama 20 minit selepas jurulatih Chile tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di Sao Paulo, memaksa 40,000 penonton menanti.

Perlawanan kemudian dicemari dengan 35 kekasaran namun kualiti permainan tidak terjejas apabila kedua-dua pasukan kerap mencipta peluang.

Chile tidak bernasib baik untuk memenangi perlawanan dalam tempoh 90 minit apabila dua jaringan dicipta Aranguiz pada separuh masa pertama dan Vidal, pada separuh masa kedua dinafikan Pengadil Bantuan Video (VAR).

“Ia sukar kerana anda sudah bermain lebih satu jam dan mereka membatalka­n dua gol”.

“Tetapi kami teruskan perjuangan dan memenangi sepakan penalti. Kami memang berhak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia