Berita Harian

Quartararo cipta rekod baharu

Pelumba PETRONAS mula petak utama

-

Pelumba PETRONAS Ya- maha Sepang Racing (PETRONAS Yamaha SRT), Fabio Quartararo mencatatka­n rekod sepusingan terbaharu, sekali gus membantu dia meraih petak pertama yang ‘mengagumka­n’ bagi Motogp Belanda, esok.

Pelumba berusia 20 tahun itu merakam 1min 32.017 saat untuk mengatasi pelumba

Yamaha, Maverick Vinales dan pelumba Suzuki, Alex Rins.

Terselamat kemalangan

Keputusan ini membolehka­n dia memenangi petak pertama buat kali ketiga selepas muncul pelumba terpantas pada pusingan kelayakan di Catalan dan Motogp Sepanyol, awal Mei lalu.

“Litar di sini lebih sukar daripada Montmelo jadi saya rasa sedikit kesakitan pada tangan saya,"katapelumb­aperancisi­tu dengan merujuk kepada litar di Catalan yang menyaksika­n dia menamatkan saingan pada kedudukan kedua di belakang Marc Marquez.

“Apapun, kami bakal memulakan perlumbaan di petak pertama. Kami fokus pusingan demi pusingan dan hari ini, kami berjaya merekodkan dua pusingan yang begitu pantas.

“Tiada apa lagi yang boleh saya katakan kerana amat menakjubka­n dapat memulakan perlumbaan pada petak pertama di litar ini.”

Juara dunia, Marquez masih mendahului kedudukan selaku pendahulu dengan 140 mata, mengatasi pelumba Ducati, Andrea Dovizioso (103) dan Rins yang hanya ketinggala­n dua mata di belakang Dovizioso.

Marquez bagaimanap­un bertuah apabila terselamat daripada kemalangan di litar yang digelar ‘Katedral Kelajuaan’ itu selepas sedikit tersasar ketika berada di selekoh dan ‘bergoyang’ sebelum berjaya menstabilk­an semula posisinya.

 ??  ?? meraikan kejayaan raih petak pertama bersama pasukan.
meraikan kejayaan raih petak pertama bersama pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia