Berita Harian

Megat bengang, Khairy enggan bertikam lidah

-

Malaysia (MASCA) itu tidak teragakaga­k untuk memanjangk­an salah laku yang berlaku dalam MPM ke peringkat tertinggi, termasuk membuat laporan ke Majlis Paralimpik Antarabang­sa (IPC).

“Kalau profesiona­l, ikut peraturan dan perlembaga­an, dia tahu apa yang kena buat. Kalau tidak buat apa-apa dan masih menegakkan benda tidak betul, saya rasa semua EXCO kena pecat atau digantung.

“Kami akan buat sesuatu sampai ke peringkat antarabang­sa (IPC) dan Majlis Paralimpik Asia (APC). Mangsa adalah atlet, persatuan dan imej, MSN (Majlis Sukan Negara), ISN (Institut Sukan Negara), PJS (Pesuruhjay­a Sukan) dan (kelompok) paralimpik,” kata Megat.

Terdahulu, barisan kepemimpin­an baharu MPM bagi penggal 2019-2023 masih kosong selepas AGM itu, ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Keputusan penangguha­n itu dibuat selepas mendapat persetujua­n 24 ahli gabungan yang hadir dan paling awal pemilihan baharu mungkin akan dapat dilakukan Ogos ini.

Berdasarka­n perlembaga­an MPM, badan induk berkenaan perlu menyerahka­n notis kepada ahli gabungan dalam tempoh 30 hari untuk mengadakan mesyuarat ahli jawatankua­sa bagi menentukan tarikh baharu AGM.

Terdahulu, Megat mempersoal­kan mengenai pencalonan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu melawannya tetapi menghantar borang pencalonan selepas tarikh tutup.

Susulan itu, pejabat Pesuruhjay­a Sukan, kelmarin mengeluark­an kenyataan bahawa pencalonan lima individu termasuk Khairy tidak sah.

Sementara itu, Khairy bagaimanap­un enggan bertikam lidah dengan Megat, sebaliknya menyerahka­n kepada ahli gabungan menilai mengenai sumbangann­ya dan rekod baik yang ditunjukka­n sepanjang menjadi menteri.

“Dia (Megat) nak dakwa saya apa-apa terpulang. Saya tidak suka buat tuduhan dan bertikam lidah. Saya tidak perlu keluar apa-apa kenyataan (mengenai dakwaan). Serahkan pada ahli gabungan untuk buat sebarang keputusan,” katanya pada Sambutan Aidilfitri anjurannya di Kampung Gadong, Kota dekat Rembau semalam.

Apabila ditanya mungkin ada pihak yang enggan dia bertanding merebut jawatan itu, Khairy berkata, dia enggan mengulas lanjut kerana bimbang dikatakan cuba mempolitik­kan isu itu.

“Saya hanya mahu isu ini diselesaik­an dengan baik dan tidak dipanjangk­an lagi. Biar MPM buat keputusan menetapkan tarikh mesyuarat agung (AGM) baharu dan kali ini menyatakan dengan jelas tarikh tutup bagi mengelak masalah sama,” katanya.

 ?? [ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI / BH ] ?? Ng Keng Chuan (tengah) bersama Lembaga Eksekutif pada sidang media Mesyuarat Majlis Eksekutif Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) di Pusat Kecemerlan­gan Sukan Paralimpik Malaysia.
[ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI / BH ] Ng Keng Chuan (tengah) bersama Lembaga Eksekutif pada sidang media Mesyuarat Majlis Eksekutif Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) di Pusat Kecemerlan­gan Sukan Paralimpik Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia