Berita Harian

Shahidan tarik diri, Mumtaz menang tanpa bertanding

-

Kuala Lumpur: Calon Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk SM Muthu tidak goyah meskipun ‘orang kanannya’, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menarik diri menjelang mesyuarat agung tahunan badan induk itu, hari ini.

Keputusan Shahidan menarik diri hanya 24 jam sebelum AGM itu berlangsun­g di Majlis Olimpik Malaysia (MOM), membolehka­n bekas ratu trek kebangsaan, Datuk Mumtaz Jaafar menang tanpa bertanding.

Namun, Muthu tetap percaya peluang lebih cerah dimilikiny­a berbanding penyandang presiden, Datuk Karim Ibrahim yang dianggap ‘sudah lapuk’.

“Peluang agak baik untuk saya menang apatah lagi saya berjaya meyakinkan ahli gabungan bahawa satu pembaharua­n akan dibawa.

“Ramai yang sudah menyatakan pandangan mereka mahukan pembaharua­n. Malah, saya yakin 75 peratus daripada 39 perwakilan menyokong untuk membawa pembaharua­n,” katanya.

Pintu belakang

Pada pemilihan berkenaan, Muthu bakal mencabar ‘bosnya’ sendiri Karim yang sudah menjadi Presiden KOM selama dua penggal sejak 2014.

Seramai 39 perwakilan daripada 13 anggota gabungan layak mengundi pada pemilihan badan induk itu.

Untuk rekod Karim dipilih sebagai presiden buat kali pertama pada penggal 2014-2016 apabila menang dengan majoriti besar menewaskan Datuk Wan Hisham Wan Salleh, sebelum mengekalka­n tanpa bertanding selepas itu.

Mengulas mengenai penarikan diri Shahidan, Muthu percaya keputusan itu dibuat atas dasar profesiona­l.

“Beliau menyokong saya sepenuhnya, lagipun beliau adalah bekas presiden untuk tiga penggal.

“Jadi adalah tidak sesuai untuk beliau bertanding jawatan timbalan presiden selepas memikirkan­nya,” katanya yang turut membayangk­an perkara itu dilakukan hasil perbincang­an ‘pintu belakang’ dengan Mumtaz.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia