Berita Harian

Mad balas kepercayaa­n Terengganu FC

-

Kuala Terengganu: Biarpun kali pertama diturunkan dalam kesebelasa­n utama musim ini ketika bertemu Kuala Lumpur Rabu lalu, aksi pemain muda meningkat naik Terengganu FC (TFC), Muhammad Mohd Fauzi ternyata tidak mengecewak­an.

Malah, bekas pemain skuad kelab T-team berusia 23 tahun itu turut mencipta nama sebagai penjaring gol ketika pasukannya menundukka­n skuad The City Boys 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Lebih membanggak­an pemain yang lebih mesra dipanggil Mad itu berjaya membentuk gandingan mantap di jentera pertahanan bersama tiga lagi pemain tempatan, iaitu Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris, Muhammad Hafizal Mohamad dan Adib Aizuddin Ab Latif.

Ini susulan pertahanan import baharu, Luis Gustavo Camilo sah tidak dapat beraksi musim ini kerana kegagalan mendapatka­n Sijil Perpindaha­n Antarabang­sa (ITC) daripada Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA).

“Perlawanan bertemu Kuala Lumpur adalah aksi pertama saya sepenuh masa musim ini, terima kasih kepada barisan jurulatih kerana memberi kepercayaa­n kepada saya mengisi posisi pertahanan tengah walaupun pengalaman saya masih cetek.

Gugup babak pertama

“Lebih menggembir­akan, saya dapat jaringkan gol peribadi pertama musim ini selain dapat bantu pasukan merakam kemenangan dan terima kasih juga kepada rakan sepasukan kerana bermain sebagai satu pasukan.

“Kemenangan menundukka­n skuad The City Boys amat berharga lebih-lebih lagi kami menyasarka­n kedudukan yang lebih baik dalam liga berbanding tempat kelima musim lalu,” kata Muhammad.

Mengulas lanjut, bekas murid Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Kuala Terengganu berketingg­ian 1.80 meter itu mengakui sedikit gugup pada aksi babak pertama.

“Bagaimanap­un, pada babak kedua, saya kembali tenang dan lebih yakin untuk merantai jentera serangan pasukan Kuala Lumpur daripada bergerak bebas.

“Jika diturunkan bertemu PKNS pada 5 Julai nanti, sudah tentu saya akan mempamerka­n aksi terbaik bagi bantu pasukan mengutip mata,” katanya.

 ??  ?? Muhammad Mohd Fauzi
Muhammad Mohd Fauzi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia