Berita Harian

Piala Dunia untuk pasukan negara

AFC anggap cadangan ASEAN All-stars langgar peraturan FIFA

- Oleh Syafiq Aznan

Adakah penyertaan satu pasukan yang dibarisi pemain terbaik dari Asia Tenggara (ASEAN All-stars) dapat dianggap langkah yang terbaik bagi memastikan hasrat mereka bagi menganjurk­an Piala Dunia 2034 dapat dicapai?

Cadangan terbabit tampak dapat menyelesai­kan isu mengenai jumlah slot automatik yang bakal ‘dikorbanka­n’ selepas hanya satu slot diambil bagi pasukan ke Piala Dunia apabila pasukan ASEAN bakal mewakili

semua tuan rumah bersama.

Malah, himpunan pemain terbaik dari rantau ini juga mungkin mampu memberikan saingan di pentas berprestij itu berbanding bertanding sendirian memandangk­an kemampuan mereka dan ranking tidak berada pada tahap yang baik berbanding pasukan ‘tetap’ dalam Piala Dunia.

Bagaimanap­un, Setiausaha Agung Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John menegaskan cadangan terbabit adalah mustahil untuk dilaksanak­an dan ia turut melanggar peraturan yang sudah ditetapkan.

Tunggu lebih lama

“Piala Dunia hanyalah untuk pasukan negara. Peraturan mengatakan saingan membabitka­n antara negara.

“Jadi, sebarang kombinasi contohnya ASEAN All-stars sememangny­a tidak dibenarkan berdasarka­n peraturan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA),” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Terdahulu, Pengerusi ASEAN, Jen Prayuth Chan o-cha mengumumka­n semua 10 negara anggota ASEAN bersetuju untuk membangunk­an satu usaha bersama bagi membida hak tuan rumah Piala Dunia 2034.

Idea rantau ASEAN untuk menjadi tuan rumah temasya bola sepak terbesar di dunia itu dicadangka­n kepada pemimpin negara sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34 di Bangkok, minggu lalu.

Bagaimanap­un, China sebelum ini sudah menyatakan hasrat untuk melakukan bidaan ke atas Piala Dunia 2030 dan situasi itu memaksa negara ASEAN mungkin perlu menunggu lebih lama sekiranya China memenangi bidaan terbabit.

Ini susulan Polisi Penggilira­n FIFA yang tidak membenarka­n negara dari benua yang sama menganjurk­an dua kejohanan Piala Dunia secara berturut turut, sekali gus menyaksika­n negara ASEAN hanya dapat membida semula bagi edisi 2038.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia