Berita Harian

Pasukan JDT-TMJ hilang khidmat Ronaldo

-

Kuala Lumpur: Pasukan Johor Darul Ta’zim (Jdt)-tunku Mahkota Johor (TMJ) kehilangan khidmat legenda Brazil, Ronaldo bagi aksi persahabat­an amal ‘JDT All-stars’ yang akan berlangsun­g di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Perkembang­an itu disahkan oleh pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Johor Southern Tigers dan menjelaska­n bekas penggempur Real Madrid itu tidak dapat bersama pasukannya susulan memiliki komitmen lain.

“Esok (malam ini) adalah hari yang bersejarah di Larkin kerana kita ada 12 legenda bola sepak dunia dan enam pemenang Piala Dunia yang akan beraksi bagi perlawanan amal ini.

“Cuma sedikit perubahan adalah kita ada David Trezeguet yang akan menggantik­an tempat Ronaldo. Trezeguet juga bukanlah pemain yang calang-calang kerana dia diundi sebagai kesebelasa­n terbaik sepanjang zaman Juventus dan juga pemenang Piala Dunia.

“Jadi, saya teruja untuk bersama pemain legenda ini bagi perlawanan esok dan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan kepada yayasan yang terbabit dengan perlawanan ini,” katanya.

Sambutan besar-besaran

Pasukan JDT-TMJ yang dibarisi pemain legenda antaranya Robert Pires, Claude Makekele dan Esteban Cambiasso akan menentang pasukan JDT-REST of The World yang dibarisi antaranya Louis Saha, Bebeto dan Claudio Caniggia.

Dalam masa sama, Tunku Ismail turut mengumumka­n satu sambutan penuh gemilang bagi menyambut kejayaan skuad Harimau Selatan merangkul kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturuttu­rut akan dilangsung­kan pada 19 Julai ini.

“Kami akan ada sambutan besarbesar­an di Seri Gelam dan Larkin di mana kami akan menjulang Piala Liga Super buat kali keenam. Saya akan buat sesuatu yang berbeza sebagai hadiah kepada penyokong JDT.

“Saya mewakili pasukan ingin mengucapka­n terima kasih kepada anda semua,” katanya.

 ??  ?? Ronaldo
Ronaldo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia