Berita Harian

Tiada ruang pasar produk punca Sandakan mundur

Persatuan penjaja syor MPS sedia tempat peniaga, tarik pengunjung

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

Ketiadaan ruang lebih teratur bagi penjaja memasarkan produk tempatan, selain masalah pengangkut­an awam antara faktor menyumbang kepada kemunduran ekonomi di bandar ini.

Presiden Persatuan Penjaja Bumiputera Sandakan, Jafar

Mustafah, berkata ia juga antara keluhan sebahagian besar daripada 3,860 penjaja yang berdaftar dengan persatuan.

Katanya, persatuan itu sudah mencadangk­an kepada Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) bagi menyediaka­n tempat kepada penjaja iaitu di Jalan Coastal Satu dan Pasar Malam Jalan Dua bukan saja untuk memberi ruang kepada penjaja memasarkan produk, malah untuk menarik lebih ramai pengunjung ke pusat bandar.

Tunggu kelulusan

“Kita masih menunggu kelulusan daripada MPS untuk mempertimb­angkan cadangan ini dan dalam perancanga­n, ia mungkin diadakan pada hari tertentu saja seperti Jumaat dan Sabtu.

“Masalah sekarang apabila tiada ruang yang teratur untuk penjaja menjual barangan tempatan atau buatan Malaysia menyebabka­n tiada tarikan di bandar ini dan penduduk dari luar termasuk dari pulau sekitar tidak lagi ke bandar setiap hari,” katanya ketika ditemui pada program Kepengguna­an Bersama Komuniti di Medan Selera Tun Razak, di sini, semalam.

Program anjuran Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sandakan itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung.

Yang turut hadir, Ketua Cawangan KPDNHEP Sandakan, Mohamad Hashim.

Program terbabit yang dihadiri pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kampung dan jawatankua­sa pembanguna­n masyarakat diisi dengan sesi dialog bagi memberi kesedaran mengenai peranan KPDNHEP berkaitan isu kepengguna­an.

Jafar berkata, ketiadaan pengangkut­an awam seperti bas henti-henti yang beroperasi sehingga malam juga menyebabka­n orang ramai tidak lagi berkunjung ke pusat bandar, sekali gus memberi kesan terhadap ekonomi di bandar ini dengan kebanyakan premis perniagaan tutup seawal jam 6 petang.

“Kita harap MPS dan pemimpin meneliti semula semua keperluan ini dalam usaha memulihkan ekonomi bandar ini,” katanya.

Lahir pengguna bijak

Sementara itu, Ming Fung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat dalam ucapannya mengesyork­an supaya lebih banyak program kepengguna­an bersama komuniti diadakan bagi memberi pendedahan kepada penduduk mengenai hak mereka sebagai pengguna.

“Program seperti ini dapat melahirkan pengguna yang bijak, bermakluma­t dan berpengeta­huan dalam mengurus tadbir perbelanja­an isi rumah masing-masing,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia