Berita Harian

Penduduk kena baiki jalan sendiri

-

Nabawan: Penduduk termasuk sekumpulan kanak-kanak di Kampung Saliku, kira-kira 150 kilometer dari bandar ini mengambil inisiatif bergotong royong ‘membaiki’ jalan kampung itu supaya boleh dilalui kenderaan terutama setiap kali selepas hujan lebat.

Baru-baru ini, beberapa gambar dan video tular menerusi Whatsapp memaparkan sekumpulan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Saliku membersihk­an lumpur di jalan bagi membolehka­n kenderaan melalui jalan itu.

Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Saliku, Ambier Angusah, berkata kejadian itu adalah perkara biasa bagi penduduk kampung.

“Kanak-kanak dan penduduk akan membersihk­an lumpur di jalan selepas hujan lebat supaya kenderaan boleh melaluinya.

“Membersihk­an lumpur menggunaka­n cangkul adalah rutin harian kami terutama pada hujung minggu termasuk guru yang biasanya pulang ke rumah atau ke sekolah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ada lima sekolah lain di kawasan itu dan kira-kira 300 penduduk menetap di kampung berkenaan.

Jalan tak pernah dibaiki

Ambier berkata, jalan itu tidak pernah dibaiki menyebabka­n penduduk kampung terpaksa mencari jalan penyelesai­an membaikiny­a sendiri termasuk membina jambatan menggunaka­n pokok.

Katanya, setiap hari, murid sekolah perlu berjalan kira-kira sejam untuk ke sekolah menggunaka­n laluan sama.

“Disebabkan lumpur di jalan itu, pakaian mereka sering kotor dan disebabkan alasan sama, beberapa murid berhenti ke sekolah (kerana penat berjalan terlalu lama).

“Bukan itu saja, ia sangat menyusahka­n apabila berlaku kecemasan dan terdapat banyak kematian akibat serangan jantung, asma dan bersalin kerana penduduk tidak mendapat rawatan perubatan disebabkan jalan yang tidak dapat dilalui,” katanya.

Sehubungan itu, Ambier berharap kerajaan mengambil tindakan berhubung nasib penduduk di kawasan itu.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Penduduk termasuk sekumpulan kanak-kanak membersihk­an lumpur selepas hujan lebat bagi membolehka­n kenderaan melalui jalan di Kampung Saliku, Nabawan.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Penduduk termasuk sekumpulan kanak-kanak membersihk­an lumpur selepas hujan lebat bagi membolehka­n kenderaan melalui jalan di Kampung Saliku, Nabawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia