Berita Harian

Sulaman timbul ada nilai komersial

WADIRA yakin produk mampu jadi cenderamat­a pelancong

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Seni ini boleh dilihat pada peralatan yang digunakan pada majlis kebesaran diraja”

Tengku Ilham Tengku Temenggung Abdullah Abdul Aziz, Pengerusi WADIRA

Pertubuhan Wanita di Hati Rakyat (WADIRA) yakin seni tekat yang diilhamkan dengan penuh teliti mempunyai nilai komersial yang tinggi sebagai sebahagian produk kraf tangan negara.

Pengerusi WADIRA, Datuk Tengku Ilham Tengku Temenggung Abdullah Abdul Aziz, berkata seni sulaman timbul itu perlu dipertingk­atkan penggunaan­nya, termasuk dijadikan sebagai cenderamat­a kepada pelancong.

Menyedari potensi seni itu mampu pergi lebih jauh, beliau berkata, pihaknya mengambil inisiatif mengembali­kan kegemilang­an seni berkenaan untuk diturunkan kepada generasi muda.

“Seni tekat atau dikenali sebagai sulaman timbul mempunyai nilai dan kehalusan tersendiri, sinonim sejak zaman berzaman dalam budaya Melayu.

“Hasil kreativiti ini diterjemah­kan pada pakaian, perhiasan diri, alas tilam, sarung bantal dan barangan kegunaan harian. Seni ini boleh dilihat pada peralatan yang digunakan pada majlis kebesaran diraja.

“Masyarakat Melayu juga menjadikan

seni khas ini sebagai sebahagian daripada kemasan pakaian pasangan pengantin,” katanya pada Majlis Minum Petang Aidilfitri WADIRA di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, baru-baru ini.

Majlis turut dihadiri Penaung Diraja WADIRA, Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah. Beliau turut meraikan dan menghulur sumbangan kepada ibu tunggal dan anak yatim sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Tengku Ilham berkata, warisan seni bernilai tinggi itu sentiasa segar merentasi zaman dan masih diminati, terutama dalam kalangan kerabat Diraja.

Misalnya beliau berkata, seni tekat diminati Raja Nazhatul Shima sendiri, kesungguha­n ini memberi keyakinan untuk menaikkan martabat seni berkenaan.

Kemahiran tukang tenun

“Kehalusan seni memperliha­tkan kemahiran tukang tenun, dihasilkan dengan tekun, sabar dan teliti hingga menghasilk­an produk tekat yang cantik dan berkualiti,” katanya.

Raja Nazhatul Shima dalam ucapannya berkata, beliau gembira berpeluang menyantuni masyarakat yang sekali gus memperliha­tkan pihak istana sentiasa prihatin kepada rakyat. Ini menggambar­kan bahawa raja dan rakyat berpisah tiada.

“Alhamdulil­lah kita dapat berjumpa ibu tunggal dan berhasrat membantu mereka berjaya dalam apa sahaja bidang diceburi,” katanya.

Mengulas aktiviti pertubuhan itu, Tengku Ilham berkata, WADIRA akan bekerjasam­a dengan pertubuhan yang mempunyai objektif menjaga kebajikan mereka yang begitu memerlukan dalam menjana ekonomi keluarga.

Beliau berkata, pihaknya giat menambah keahlian wanita yang berminat menyumbang tenaga demi membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang dan bangsa.

“Pelbagai program dirancang dilaksanak­an dari semasa ke semasa, bagi membantu golongan memerlukan sekali gus membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan menjadi usahawan berjaya,” katanya.

Ibu tunggal lima cahaya mata, Juwairiah Kamaruddin, 58, berkata walaupun diceraikan ketika anak masih kecil ketika itu, tidak mematahkan semangatny­a untuk meneruskan hidup membesarka­n mereka dengan sempurna.

“Menggalas tanggungja­wab ibu dan bapa bukan suatu yang mudah kerana ketika bersuami sekalipun, hidup saya hanyalah kenal rumah, tidak tahu selok-belok ibu kota.

“Selepas bercerai, saya terus berusaha mengorak langkah mencari rezeki membesarka­n anak. Kesukaran lalu menjadikan kami lebih tabah. Kini semua anak berusia 19 hingga 31 tahun mampu meneruskan hidup lebih selesa dengan berniaga kerepek,” katanya tinggal di Jinjang Utara, Kepong.

Kegigihan Juwairiah berniaga turut mendapat bantuan daripada Pertubuhan Kebajikan Rumah Ngaji Zuliana al-ridzuan di Kampung Baru di sini yang dipengerus­ikan Datin Hartini Abd Ghani.

 ?? [FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] ?? Raja Nazhatul Shima bersama ibu tunggal dan anak yatim selepas Majlis Santapan Minum Petang anjuran WADIRA, di PWTC, baru-baru ini.
[FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] Raja Nazhatul Shima bersama ibu tunggal dan anak yatim selepas Majlis Santapan Minum Petang anjuran WADIRA, di PWTC, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia