Berita Harian

Kuasa wanita

Ifa pilih dua selebriti sensasi sebagai teman gandingan lagu Starlela

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Apabila penyanyi yang kini turut berjinakji­nak dalam perniagaan penganjura­n acara, Ifa Raziah, memilih dua wanita popular yang tidak kurang dengan cerita sensasi, Zizi Kirana dan Bella Astillah, sebagai rakan gandingan dalam lagu berjudul

Starlela, ia pastinya menarik perhatian ramai.

Maklum sahaja, Ifa sendiri sering kali terpalit cerita panas, daripada kes pergaduhan bersama selebriti lain hinggalah kepada kecantikan yang dipertikai­kan peminat.

Zizi pula acap kali menjadi topik perdebatan penggemar dunia seni dan warganet dek gaya pemakaiann­ya yang dianggap begitu berani. Manakala Bella, seperti yang diketahui ramai, baru lagi berpisah dengan bekas suami, Aliff Aziz. Kisah mereka kerap menghiasi dada akhbar dan majalah, selain bahan wajib bagi portal hiburan tempatan.

Kuat hadapi ujian

Justeru, apabila tiga wanita sensasi ini bergabung menggunaka­n nama Black Out untuk projek lagu terbabit, pasti ada cerita menarik yang mampu dikongsi bersama peminat masing-masing.

Baru-baru ini, HIP diundang ke lokasi penggambar­an video muzik

Starlela yang turut dijadikan tema festival Star Vendors. Ia diadakan di Muzium Selfie, Bukit Bintang, selain beberapa lokasi lain di sekitar ibu kota.

Selaku pengarah video berkenaan dan orang kuat festival terbabit, Ifa berkata, klip terbabit antara lain mengetenga­hkan tema yang menonjolka­n kuasa wanita.

“Saya sendiri sudah lebih 24 tahun berada di pentas seni dan masih meneruskan kehidupan sebagai artis serta ahli perniagaan. Pada masa sama, saya juga bergelar ibu dan isteri.

“Zizi pula, biarpun belum mendirikan rumah tangga, dilihat sebagai artis yang kuat memperjuan­gkan irama hip hop dengan caranya sendiri.

“Sementara itu, kita semua tahu Bella berdepan fasa kesedihan apabila mahligai yang selama ini cuba dipertahan­kan akhirnya berakhir juga. Sebagai wanita, saya faham apa yang dihadapiny­a. Harapan saya, dia akan terus kuat berdepan ujian yang datang,” katanya.

Percaya bakat Hafiz

Menurut Ifa juga, pemilihan dua selebriti dari Negeri Di Bawah Bayu itu untuk ditampilka­n dalam lagu terbabit juga dilihat kena dengan masanya apabila festival berkenaan akan turut menjengah Sabah pada 3 dan 4 Ogos depan. Ia kemudian akan diteruskan ke Kuching, Sarawak, pada Oktober dan Kuala Lumpur (Disember).

Bagi menghasilk­an lagu berkenaan, Ifa sekali lagi meletakkan kepercayaa­n di bahu komposer, Hafiz Hamidun. Ia akan dilancarka­n pada Julai ini.

“Selepas kami bekerjasam­a menerusi lagu Yayaya Hari Raya, yang turut menampilka­nnya sebagai rakan duet, saya tidak teragak-agak untuk memberikan tanggungja­wab menghasilk­an Starlela kepada Hafiz.

“Apatah lagi sambutan diterima lagu raya kami boleh dianggap baik. Saya sendiri tidak menyangka apabila lagu raya pertama saya diminati ramai.

“Asalnya, saya patut berduet dengan Fazli Zainal menerusi lagu berkenaan. Namun, berikutan masalah teknikal, rezeki itu berpihak kepada Hafiz. Lagipun, saya amat senang bekerjasam­a dengannya, sebagai komposer mahupun teman duet,” cerita Ifa.

Sambung wanita kental itu, bagi

Starlela, dia memaklumka­n kepada pencipta berkenaan untuk menghasilk­an sebuah karya berentak rancak yang membuatkan pendengarn­ya berasa ingin berdansa.

Rakam dua lagu Ressa

Pemenang trofi Artis Versatil Popular dua tahun berturut Anugerah Bintang Popular BH ini juga terus rancak dengan dunia nyanyian.

Kata Ifa, dia sudah pun siap merakamkan dua lagu ciptaan penyanyi dan komposer Indonesia, Ressa Herlambang.

“Selepas enam bulan menunggu, akhirnya rakaman lagu bersama Ressa berjaya diselesaik­an. Sebuah daripadany­a berentak rancak, berjudul Miss Diva Pukpuk, manakala satu lagi adalah lagu duet saya bersamanya, yang diberi tajuk

Satu. Dendangan secara duet itu juga akan dijadikan antara lagu runut bunyi filem Indonesia berjudul Jatuh Cinta.

“Sebuah lagu lagi ciptaan Ressa hanya akan dirakamkan pada waktu lain,” katanya yang menyempurn­akan rakaman dua lagu berkenaan di studio milik Hafiz.

Bella simpati nasib bekas suami

Sementara itu, Bella memaklumka­n dia akan terus kuat meneruskan kehidupan selepas bergelar ibu tunggal.

“Fokus saya kini adalah untuk mencari rezeki dan membesarka­n anak (Ayden Adrean). Sebagai anak sulung, saya juga ada banyak tanggungan terhadap keluarga.

“Selain itu, dengan kesibukan pelbagai kerja, saya juga berharap mampu melupakan segala apa yang berlaku,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan bekas suami yang dilihat menggunaka­n anak sebagai umpan bagi menawan hatinya kembali, Bella tidak berupaya untuk mengulas panjang.

“Mengenai tindakanny­a itu yang mungkin mampu mengubah perasaan untuk kembali kepadanya, memang saya tidak boleh cakap apaapa. Dalam bab itu, saya tidak boleh melawan takdir.

“Sebagai insan yang pernah hadir dalam hidupnya, saya simpati dan masih sayang kepadanya. Cuma, kalau ditanya sekarang, saya memang tidak pernah terfikir untuk kembali kepadanya.

“Apa yang berlaku antara kami masih baharu. Segala sokongan yang saya berikan kepadanya sebelum ini adalah kerana kasihankan dirinya. Usahlah terus mengecam, sebaliknya berilah sokongan kepadanya,” katanya yang tetap mengharapk­an Aliff menjadi insan lebih baik.

Jenama solo kian diterima

Zizi pula dilihat terus tegar memperjuan­gkan irama hip hop, sejak dirinya masih bersama kumpulan Fabulous Cats sehinggala­h membawa haluan sendiri dalam seni. Irama terbabit bagai sudah sebati dalam diri wanita ini.

“Selagi ada yang mahu dengar saya menyanyi hip hop dan rap, saya ‘on’ sahaja. Apatah lagi, rasanya jenama Zizi Kirana yang diperkenal­kan sejak 2015 juga bagai sudah boleh diterima. Jenama itu menjadi dan orang tidak lagi mengaitkan saya dengan kumpulan yang pernah dianggotai.

“Insya-allah pada awal Ogos nanti, saya akan melancarka­n lagu yang diterbitka­n dengan kerjasama sebuah produk. Ia masih berkonsepk­an hip hop,” katanya.

Menyentuh dirinya yang kembali membuka tudung, selepas mengenakan hijab pada Ramadan lalu, Zizi menjelaska­n, dia belum bersedia untuk melangkah ke arah itu.

“Selepas Syawal ke-10, saya kembali dengan imej sedia kala. Memang ada yang marah dan tanya kenapa tidak terus bertudung? Saya berbuat demikian kerana menghormat­i Ramadan, selain turut serta dalam cabaran berhijab oleh Mizz Nina,” katanya sambil memaklumka­n sudah lama mengenali Ifa dan mudah serasi bersama artis berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Zizi, Ifa dan Bella berganding bahu menjayakan rakaman video muzik Starlela.
Zizi, Ifa dan Bella berganding bahu menjayakan rakaman video muzik Starlela.
 ??  ?? Bella dan Zizi teruja bekerjasam­a menerusi lagu untuk sebuah festival jualan.
Bella dan Zizi teruja bekerjasam­a menerusi lagu untuk sebuah festival jualan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia