Berita Harian

PENGHUNI BUKIT MALUT DIPINDAH

-

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad umum rancangan untuk memindah kira-kira 8,000 setinggan dari lokasi disifatkan paling hitam di Langkawi. Pelan akan dirangka untuk menempatka­n penduduk di kawasan perumahan yang lebih teratur dan menyelesai­kan masalah sosial yang timbul

Langkawi: Kerajaan disaran memindahka­n terus penduduk setinggan di Bukit Malut ke lokasi lain, bukan membina perumahan baharu untuk mereka di kawasan sedia ada.

Penduduk di sekitar penempatan berkenaan berpendapa­t langkah itu lebih sesuai kerana jumlah penghuni setinggan di lokasi terbabit sudah terlalu ramai.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali dengan nama Khairul, berusia lingkungan 50-an, berkata penempatan setinggan tidak tersusun di Bukit Malut bersama penghuni yang ramai sudah lama mencetuska­n masalah kepada masyarakat tempatan.

Penduduk terlalu ramai

“Jika kerajaan mahu bantu membina dan menyusun semula kawasan setinggan itu, saya cadangkan supaya pindahkan semua penduduk di situ ke kawasan lain kerana jumlah mereka sudah terlalu ramai,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Radzi, 40, pula berpendapa­t rancangan kerajaan membina rumah dan menyusun semula penempatan setinggan di Bukit Malut tidak akan menyelesai­kan masalah penduduk Langkawi bagi jangka panjang.

Sebaliknya, beliau berkata, penduduk khuatir langkah berkenaan akan menyebabka­n lebih ramai ‘orang luar’ (warga asing) masuk ke pulau peranginan ini dengan mudah.

“Kerajaan sepatutnya ambil tindakan tegas menangani isu ini, lindungi penduduk tempatan yang terkesan secara langsung. Tindakan membina rumah untuk mereka tidak akan selesaikan masalah kami,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Mohd Firdaus Ahmad ketika dihubungi berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengenai rancangan kerajaan itu.

“Saya tidak boleh komen lanjut mengenai isu ini lagi. Bagi saya selesai berbincang dengan Menteri Besar dahulu,” katanya.

Saya tidak boleh komen lanjut mengenai isu ini lagi. Bagi saya selesai berbincang dengan Menteri Besar dahulu” Mohd Firdaus Ahmad, ADUN Kuah

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia