Berita Harian

TURUN HAD UMUR PENGUNDI: PEMUDA PKR, DAP, UMNO SEPAKAT, PAS BANTAH

Ikuti temu bual bersama Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Ketua Pemuda DAP, Howard Lee; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan dan Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin

-

Ia bukan isu mengikut contoh negara membangun atau maju yang menyatakan pengundi usia 18 tahun, namun isunya pada usia 21 tahun pun, ramai pengundi muda kita tak berdaftar” Khairil Nizam Khirudin,

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Seorang yang berusia 18 tahun yang boleh mewakili negara dan mempertaha­nkan negara juga harus diberi hak untuk memilih kerajaan” Howard Lee Chuan How Ketua Pemuda DAP

Sudah banyak perbincang­an mengenai usaha menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun sekarang kepada 18 tahun. Kabinet sudah meluluskan­nya dan kini terpulang kepada Ahli Parlimen, sama ada melulus atau menolak rang undang-undang mengenainy­a pada sidang Dewan Rakyat kali ini. Untuk itu, wartawan BH Ahad, SUZALINA HALID, mendapatka­n pandangan empat pemimpin utama sayap muda mewakili kerajaan dan pembangkan­g mengenai isu ini, dengan lontaran lima soalan yang sama kepada mereka.

Soalan (S): Usul meminda Perlembaga­an Persekutua­n bagi membolehka­n warga negara berumur 18 tahun layak mengundi, daripada 21 tahun sekarang akan dibentangk­an ketika sidang Parlimen kali ini. Apa implikasin­ya kepada politik negara? Jawapan (J): Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Akmal

Nasrullah Mohd Nasir: Saya melihat cadangan ini akan membuka kepada beberapa perkara. Pertama, akan membabitka­n peranan belia lebih menyeluruh. Golongan belia diketahui paling aktif dan ke depan, jadi usaha ini akan lebih menyeluruh kerana mereka bukan sahaja menyokong, tapi juga ada suara dalam peti undi. Kedua, supaya isu dibawa parti politik mahupun calon, juga akan membabitka­n pandangan belia.

Isu yang dibangkitk­an tidak hanya tertumpu pada golongan yang sudah establish, maksudnya mereka yang ada pengalaman dalam kehidupan, tetapi parti politik ini akan lebih mendengar dan ambil peduli soal masa depan anak muda. Ketiga, amalan ini bukan baharu, tetapi sudah dipraktikk­an negara lain dan ia akan lebih mempercepa­tkan proses mematangka­n masyarakat dalam proses politik pada peringkat lebih awal.

(J) Ketua Pemuda DAP, Howard Lee Chuan How: Saya rasa sama ada pengundi muda sudah menyumbang kepada perubahan kerajaan atau tidak, itu sebenarnya bukan hasrat di sebalik apa yang sedang dibincangk­an (untuk melaksanak­an had usia mengundi 18 tahun). Itu bukan pertimbang­annya, sebaliknya pertimbang­an kita adalah sekiranya seorang yang berusia 18 tahun yang juga rakyat Malaysia, kalau mereka boleh dimasukkan ke dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pegawai polis, selain dibenarkan memegang senapang untuk mempertaha­nkan tanah air, kenapa mereka tidak mempunyai hak untuk memilih siapa yang akan menetapkan dasar negara?

Jadi maksudnya seorang yang berusia 18 tahun yang boleh mewakili negara dan mempertaha­nkan negara juga harus diberi hak untuk memilih kerajaan. Itu adalah rasionalny­a. Pada masa sama, mereka berkemungk­inan besar bakal menyumbang ke arah pembuatan keputusan siapa yang akan jadi kerajaan... tidak kisahlah menang atau kalah pada mana-mana pihak asalkan suara mereka didengar melalui kertas undi.

(J) Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan: Implikasin­ya, generasi muda akan lebih berpengaru­h dalam menentukan keputusan pilihan raya umum (PRU) dan mempengaru­hi hala tuju politik negara. Saya anggap ini positif untuk negara. Saya sentiasa terbuka dalam isu ini kerana nampak tak ada hujah kukuh untuk menghalang mereka yang sudah menjadi dewasa dari segi undang-undang dalam semua sudut lain kehidupan mereka, untuk tidak dibenarkan mengundi.

(J) Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin: Ketika bertemu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beberapa bulan lalu, cadangan Pemuda PAS waktu itu seperti yang kami perjuangka­n sebelum ini dalam Pakatan Rakyat. Bermakna pemimpin yang ada sekarang berkongsi aspirasi sama (suatu ketika dulu) iaitu untuk kita melaksanak­an pendaftara­n pengundi automatik pada usia 21 tahun. Ketika itu maklum balasnya adalah kemungkina­n Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) akan mengalami masalah apabila berlaku penambahan pengundi secara mendadak.

Kita boleh tengok di internet, muka yang sama inilah yang berdemonst­rasi bersama kami dalam Pakatan Rakyat, kita nak pendaftara­n pengundi berusia 21 tahun secara automatik, tetapi menyedihka­n apabila menjadi kerajaan, mereka tidak buat. Malah, mereka memperkena­lkan perkara baharu iaitu had usia mengundi diturunkan kepada 18 tahun.

Ia bukan isu mengikut contoh negara membangun atau maju yang menyatakan pengundi usia 18 tahun, namun isunya pada usia 21 tahun pun, ramai pengundi muda kita tak berdaftar sebagai pengundi. Jadi, kenapa tidak diselesaik­an perkara ini terlebih dahulu. Kami Pemuda PAS menekankan kepada kerajaan supaya jangan lupa sejarah lama, kalau dulu mereka yang memperjuan­gkan bersama kami, maka kena teruskan perkara itu. Apabila mereka berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sepatutnya wajibkan pendaftara­n automatik untuk 21 tahun. Selepas mereka melaksanak­an perkara itu, baru kita boleh usahakan pendaftara­n usia 18 tahun pada PRU-16.

S: Ada tanggapan warga negara bawah 21 tahun belum matang dan tidak boleh membuat keputusan. Adakah dalam usia 18 tahun, pengundi muda berisiko mempunyai sentimen atau mudah dipengaruh­i dalam aspek kewangan sebelum menterjema­hkannya di kertas undi? (J) PKR: Saya rasa dari segi anggapan itu, jika ada kajian saintifik yang menyatakan hanya mereka berusia 21 tahun boleh buat pemilihan dari segi masa depan negara, kita sudi mendengar, tetapi kalau kita tengok dari segi struktur

masyarakat ini kebanyakan pada peringkat usia 17 dan 18 tahun, kita sudah kena membuat keputusan masing-masing. Contohnya, memilih melanjutka­n pelajaran atau bidang kemahiran selepas habis sekolah. Jadi masa itu anak muda sudah dididik untuk membuat pilihan cuma pada masa sama dari segi pengisian itu perlu ditingkatk­an supaya mereka dapat membuat pilihan berdasarka­n maklumat tepat dan lebih menyeluruh, bukan hanya berdasarka­n sentimen atau perkara sempit.

(J) DAP: Bagi saya yang membuat tanggapan itu yang kurang matang, bukan usia 18 tahun kurang matang. Kalau mereka boleh dipercayai untuk memegang senapang bagi mempertaha­nkan negara, bagaimana boleh dianggap mereka tak cukup matang untuk membuat keputusan siapa yang boleh menjadi kerajaan. Saya rasa hujah itu tidak begitu kena. Kalau nak pakai hujah matang, tak matang, baik kita tak payah benarkan mereka masuk tentera atau polis pada usia 18 tahun. Saya sendiri pada usia 18 tahun sudah belajar di kolej dan bekerja sepenuh masa, jadi apa yang tidak matang mengenainy­a dan sudah tentu tak semestinya orang yang berusia 21 tahun

ke atas itu adalah matang.

(J) UMNO: Kalau begitulah hujahnya kenapa mereka (usia 18 tahun) diadili dan dihakimi di mahkamah sebagai dewasa pada usia 18 tahun? Kenapa seseorang yang ditangkap mengedar dadah pada 18 tahun dihukum gantung sampai mati? Maknanya kita perlu ikhlas dan konsisten, kalau kita cakap 18 tahun itu sudah cukup bertanggun­gjawab untuk semua perkara membabitka­n perkahwina­n, bawa kereta, menjalani hukuman sebagai dewasa, diadili di mahkamah sebagai dewasa, maknanya kita perlu mengambil pendirian sama dalam PRU.

Bagi saya kalau itu hujah (18 tahun tidak matang) yang benar-benar dipercayai mereka, baik kita tukar juga undang-undang lain. Kalau kita terima mereka sebagai dewasa dalam segenap kehidupan mereka yang lain, jadi kita kena hormat kematangan mereka untuk buat pilihan dalam pilihan raya.

(J) PAS: Tidak. kerana bagi saya asasnya ialah banyak lagi perkara yang perlu diselesaik­an terlebih dahulu seperti kebebasan media, kesamarata­an untuk kami juga turun ke sekolah dan kampus, silibus pendidikan yang perlu diolah balik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia