Berita Harian

Utamakan keselamata­n

-

Pemilik ski jet yang juga Setiausaha Persatuan Ski jet dan Sukan Air Selangor, Kamaruzzam­an Sayuti,

60, berkata, bilangan penggemar sukan air berkenaan, terutama dalam kalangan pelancong semakin menunjukka­n pertambaha­n menggalakk­an gara-gara promosi ‘mulut ke mulut’ mengenai populariti Tasik Biru.

Jenama Tasik Biru dan ski jet begitu sinonim. Lazimnya, penggemar aktiviti lasak itu perlu bercuti ke pantai atau laut untuk layan ski jet, kini bekas lombong menjadi pilihan.

Tidak perlu merancang awal percutian anda, rasa-rasa nak main ski jet, ‘terjah’ sahaja Tasik Biru, yang penting cuaca cantik.

“Namun, kami amat menitik beratkan keselamata­n pengunjung. Kami akan memantau cara tunggangan atau pengendali­an ski jet dalam kalangan penunggang baharu.

“Lebih selesa sekiranya pengunjung itu ada ski jet sendiri. Bagi pelancong asing yang ingin menyewa ski jet, ramai pemilik persendiri­an boleh membantu,” katanya yang memiliki 12 ski jet persendiri­an.

Cabaran berbeza

Tidak dinafikan cabaran menunggang ski jet di laut lebih menyeronok­kan, berbanding dalam tasik.

Namun, beliau percaya, setiap orang ada cita rasa tersendiri. Penulis sendiri belum ada pengalaman menunggang ski jet di tasik, tetapi sebaik mencubanya, ia lebih santai kerana tidak perlu melawan arus atau ombak ganas, sesuai bagi penunggang baharu.

Presiden, Jetpro Watersport Club, Elisa Mohd Isa, 39, berkata orientasi ski jet di Tasik Biru adalah arah lawan jam mengelilin­gi pulau kecil di tengahnya dan berbeza dengan orientasi di lokasi berlainan.

Namun, kelebihan Tasik Biru ia mempunyai pulau kecil di tengahnya yang menjadikan bekas lombong itu seolah-olah sirkit perlumbaan ski jet bertaraf nasional.

Pulau kecil ini memudahkan pemantauan pergerakan ski jet kerana pihaknya sangat mengutamak­an keselamata­n. Berbeza dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi, risiko ski jet jauh lebih rendah.

“Ski jet kita tarik penuh throttle, minda jadi lapang dan lupa segala masalah.

“Sebaliknya pulas penuh throttle motosikal berkuasa tinggi, ibarat nyawa di hujung tanduk.

“Bagaimanap­un, menunggang ski jet di Tasik Biru popular dalam kalangan pelancong asing yang baru hendak berjinak-jinak dengan aktiviti ekstrem berkenaan, sekali gus mempromosi­kan keindahan tasik bekas lombong ini di persada antarabang­sa,” katanya.

Bagi kanak-kanak seawal usia enam tahun, mereka juga dibenarkan menunggang ski jet, namun perlu bimbingan daripada penjaga. Bagi penulis, sekiranya menunggang ski jet atas kapasiti rekreasi, anda perlu santai sahaja, tidak perlu menunjuknu­njuk kehebatan yang akhirnya mungkin membahayak­an diri sendiri.

 ??  ?? Foto Eizairi Shamsudin
Foto Eizairi Shamsudin
 ??  ?? Elisa memberi penerangan kepada pengunjung cara menunggang ski jet yang selamat.
Elisa memberi penerangan kepada pengunjung cara menunggang ski jet yang selamat.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia