Berita Harian

Lelaki hidup semula selepas mati 20 minit

-

London: Tahukah anda lelaki yang tidur awal, sebelum jam 10.30 malam difahamkan mempunyai kualiti sperma empat kali ganda lebih baik untuk mendapat anak.

Menurut satu laporan, lelaki yang tidur kira-kira lapan jam juga mempunyai sperma lebih sihat berbanding mereka yang tidur kurang tujuh jam, menurut pasukan penyelidik dari Universiti Aarhus, Denmark.

Beberapa pakar kesuburan berkata, penemuan itu memberi gambaran pasangan yang mahu anak supaya mengehadka­n gangguan tidur malam seperti memeriksa emel atau menonton televisyen.

Kajian itu membabitka­n gaya tidur kira-kira 100 sukarelawa­n lelaki yang pergi ke beberapa klinik kesuburan di Denmark dengan 48 daripada mereka mempunyai sperma sihat manakala 56 lagi tidak.

Lelaki yang tidur sebelum jam 10.30 malam mempunyai sperma empat kali lebih sihat berbanding mereka yang berjaga malam, selepas jam 11.30 malam.

Kawal hormon, tahap stres

Mereka juga 2.75 kali mempunyai sperma lebih baik berbanding lelaki yang tidur pada ‘waktu normal’ antara jam 10.30 malam hingga 11.30 malam.

Tidak mendapat tidur cukup mungkin lebih berbahaya. Penyelidik beranggapa­n lelaki yang tidur malam kurang tujuh jam adalah enam kali lebih berisiko mempunyai sperma kurang sihat.

Tidur memainkan peranan penting dalam mengawal hormon dan tahap stres yang mampu mempengaru­hi kesuburan dan stres tidak cukup tidur boleh menyebabka­n reaksi berlebihan sistem imun untuk menyerang sperma.

“Semua lelaki ini cuba mendapatka­n anak dalam tempoh dua tahun dan tidur awal mungkin penting kerana ia membolehka­n mereka tidur lebih lama.

“Puncanya lebih kepada psikologi kerana lelaki tidak cukup tidur lebih stres dan ia mempunyai kesan terhadap kesuburan,” kata penulis bersama kajian dari Universiti Aarhus, Profesor Hans Jakob Ingerslev.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia