Berita Harian

Tun M tak akan diperalat, terperangk­ap politik kotor

Perdana Menteri bertegas tidak biar diri diperguna mana-mana pihak

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Rohaniza Idris dan Mahanum Abdul Aziz bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak akan membiarkan dirinya dipergunak­an oleh mana-mana pihak, untuk mencapai matlamat tertentu menerusi penyebaran video lucah dikaitkan dengan seorang menteri.

“Nampak sangat ada pihak cuba menggunaka­n saya untuk mencapai matlamat mereka. Ini bukan video biasa yang anda tengok sebelum ini, ini sengaja dihasilkan bagi mendapatka­n matlamat tertentu, untuk menghalang seseorang maju dalam politik.

“Ia berbeza dengan sekadar merakam. Ini dirancang dan saya tidak akan menjadi ejen untuk menjayakan perancanga­n itu,” katanya selepas melancarka­n Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 di Bank Negara Malaysia (BNM), di sini, semalam.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), turut menegaskan tidak akan mempertaha­nkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang dikaitkan dengan video lucah terbabit dan tidak akan terperangk­ap politik kotor pihak tertentu.

Menjawab soalan wakil media sama ada beliau akan mempertaha­nkan Timbalan Presiden PKR itu dalam isu berkenaan, Dr Mahathir berkata: “Saya tidak akan mempertaha­nkan beliau. Saya tegaskan, politik kotor seperti itu tidak akan memerangka­p saya sehingga terjebak ke dalamnya.”

Beliau turut berharap, dalang yang menghasil dan menyebarka­n video lucah berkenaan ke laman sosial dihukum.

Terdahulu menerusi hantaran dalam blog chedet.cc, Perdana Menteri berkata, video lucah itu jelas dibuat dan disebarkan untuk tujuan politik, khusus bagi menghalang kejayaan politik individu tertentu.

“Tindakan yang diharap menyusul tayangan (video lucah) ini ialah penyingkir­an individu yang disasar.

“Tindakan ini boleh diambil oleh saya, kerana saya berkuasa,” katanya sambil menambah, catatan terbarunya itu bagi menjawab soalan sering ditanya kepadanya, berhubung video lucah terbabit.

Tanpa merujuk mana-mana pihak, Dr Mahathir menegaskan, apabila beliau mengambil tindakan berhubung video yang tersebar itu, maka berjayalah pihak yang merancang perbuatan jahat berkenaan.

“Agama saya melarang sengaja mengintip mencari keburukan orang. Apa yang dilakukan lebih buruk daripada mengintip. Saya tidak sanggup diperalatk­an, jauh sekali oleh perancang yang berniat jahat dan menggunaka­n politik kotor,” katanya.

Katanya, isu itu bukan berkaitan soal moral, tetapi masalah politik dan ia akan ditangani sebagai isu politik.

Ini bukan video biasa yang anda tengok sebelum ini, ini sengaja dihasilkan bagi mendapatka­n matlamat tertentu, untuk menghalang seseorang maju dalam politik.

Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia