Berita Harian

Kerjasama perkukuh industri sawit negara

- Penulis adalah wartawan Meja Bisnes Berita Harian

Malaysia masih kekal pengeluar utama minyak sawit dunia selain negara jiran, Indonesia dengan gabungan pengeluara­n kedua-dua negara menguasai 80 peratus pasaran global.

Ini menunjukka­n industri komoditi itu masih penting dalam pembanguna­n, pertumbuha­n ekonomi serta sosioekono­mi negara.

Ia dapat dibuktikan apabila eksport minyak sawit dan produk berasaskan bahan itu menyumbang lebih separuh atau 52.82 peratus kepada pendapatan eksport negara yang mewakili nilai RM67.5 bilion tahun lalu.

Meskipun jumlah itu lebih rendah berbanding RM78 bilion pada 2017, sumbangan komoditi itu masih kekal tinggi untuk Malaysia.

Pengalaman Malaysia meladeni industri ini menjadikan­nya sebuah negara memiliki kelebihan kompetitif dalam pasaran.

Namun, tidak dinafikan industri sawit yang menjadi tunjang sektor komoditi negara berhadapan pelbagai cabaran, antaranya ketidaksta­bilan harga di pasaran, kekurangan tenaga kerja, produktivi­ti rendah, isu kelestaria­n dan pemakanan.

Begitu juga, Malaysia turut berdepan cabaran meningkatk­an hala tuju pasaran dan memastikan pengeluara­n minyak sawit berkualiti tinggi sehingga diiktiraf peringkat dunia.

Ditambah persaingan yang diberikan negara pengeluar minyak sawit utama dunia seperti Indonesia dan peningkata­n dalam pengeluara­n minyak sayuran lain, mengharusk­an Malaysia untuk terus kekal berdaya tahan.

Dalam menangani cabaran ini, kerajaan menerusi Kementeria­n Industri Utama (MPI) menggandak­an usaha untuk mengatasi impak berkenaan dan mengadakan pelan berinsenti­f bagi menggalakk­an pertumbuha­n industri lebih mampan seiring keperluan semasa.

Antara usaha terbaru dilaksana ialah Malaysia kini bekerjasam­a rapat dengan Indonesia untuk mencabar Akta Perwakilan Kesatuan Eropah (EU) yang menyekat penggunaan minyak sawit dalam biobahan api menerusi Badan Penyelesai­an Pertikaian Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO) serta saluran lain bersesuaia­n.

Selain itu, MPI turut menyasarka­n industri sawit Malaysia mencapai 100 peratus pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjelang 2020.

MSPO adalah persijilan yang mengesahka­n produk sawit dihasilkan melalui kaedah yang lestari iaitu tidak mencemarka­n alam sekitar, menggunaka­n kaedah yang selamat dan pelaksanaa­n Amalan Pertanian Baik (GAP).

Malah, kerajaan menetapkan pelaksanaa­n persijilan MSPO secara mandatori menjelang 31 Disember ini.

Penetapan secara mandatori itu menunjukka­n komitmen tinggi kerajaan memastikan pengeluara­n sawit Malaysia mampu memenuhi matlamat negara ke arah penghasila­n produk sawit lestari; memenuhi permintaan pasaran antarabang­sa yang berkehenda­kkan produk sawit mampan dan memastikan penerimaan minyak sawit Malaysia oleh pasaran global.

Bagaimanap­un, perlu diingat semua usaha keras dan insentif disediakan gagal mencapai matlamat sebenar sekiranya sukar mendapat kerjasama peserta industri terdiri daripada pengilang, pengusaha sawit dan pekebun kecil.

Contoh paling ketara apabila hanya 36 peratus daripada 5.85 juta hektar ladang sawit dan 39 peratus daripada 451 kilang minyak sawit di negara ini memiliki pensijilan MSPO, setakat 31 Mei lalu.

Sedangkan, kerajaan sudah menawarkan insentif tambahan RM100 juta bagi menggalakk­an penanam sawit melaksanak­an pensijilan MSPO.

Tempoh pelaksanaa­n itu berbaki lima bulan sebelum syarikat perladanga­n, pengilang dan pekebun kecil sawit akan menanggung kos pembayaran, termasuk kos audit dan kos persediaan jika enggan melaksanak­an pensijilan itu.

Jika pihak terbabit seperti pekebun kecil tidak mendapatka­n persijilan ini, mereka akan berdepan kerugian kerana bermula 1 Januari depan, pengeluara­n minyak sawit tanpa pensijilan MSPO akan ditolak pasaran.

Melihat usaha dan insentif disediakan kerajaan sudah mencukupi, namun sekarang terpulang kepada peserta industri untuk memainkan peranan dan memberi sokongan mereka.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mendukung usaha memperkasa industri sawit negara dan menyokong sebarang langkah menjadikan industri lebih mesra alam dan lestari.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia