Berita Harian

Sebar rakaman CCTV boleh kena dakwa

Tindakan bawah Akta 709 jika pemilik kamera daftar JPDP

-

Kuala Lumpur: Penyebaran kandungan rakaman video termasuk daripada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan awam atau hak persendiri­an adalah kesalahan mengikut Akta Perlindung­an Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith, berkata penyebaran rakaman sedemikian menjadi kesalahan apabila pemiliknya berdaftar dengan Jabatan Perlindung­an Data Peribadi (JPDP).

“Berkenaan kandungan CCTV seperti itu (termasuk rakaman hotel) tertakluk kepada perlindung­an data peribadi, yang mana pihak pengurusan hotel perlu berdaftar dengan JPDP supaya maklumat semua rakaman itu dilindungi,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Negara, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff yang ingin tahu adakah penyebaran video daripada rakaman CCTV atau hak persendiri­an seperti premis hotel juga dikira sebagai kesalahan di bawah akta berkenaan.

Mengenai kesalahan mengikut akta itu, Eddin Syazlee berkata JPDP menerima 680 aduan daripada subjek data bagi 2018 dengan 46 peratus kes diselesaik­an dan ditutup.

“Jenis kesalahan paling kerap diterima pula ialah aduan berkaitan pelanggara­n tujuh prinsip perlindung­an data peribadi terutamany­a prinsip am, penzahiran dan keselamata­n.

“Golongan pengguna data yang merekodkan aduan tertinggi adalah golongan institusi perbankan dan insurans serta aduan berkaitan penzahiran data peribadi kepada pihak ketiga tanpa kebenaran (ejen pengutip hutang) dan pemasaran langsung,” katanya.

Beliau berkata, Akta 709 itu penting dalam meletakkan Malaysia sebagai negara di dunia yang menguatkua­sakan perundanga­n mengenai perlindung­an data peribadi seperti United Kingdom, Kesatuan Eropah, Kanada, New Zealand, Australia, Macau, Hong Kong, Jepun, Singapura dan Thailand.

 ??  ?? Eddin Syazlee
Eddin Syazlee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia