Berita Harian

Pendakwaan diminta fail permohonan rasmi

-

Kuala Lumpur: Pendakwaan diminta mengemukak­an permohonan rasmi berhubung tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyiarkan hantaran di laman Facebook mengenai keterangan saksi membabitka­n penggunaan kad kredit miliknya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berkata adalah lebih baik pendakwaan memfailkan permohonan kerana jika tidak, ia akan dianggap sebagai permohonan bagi perintah menghina mahkamah.

Pada awal prosiding, Peguam Negara, Tommy Thomas, yang ditanya Mohd Nazlan mengenai permohonan pendakwaan, berkata pihaknya menuntut hantaran sedemikian tidak dibuat pada masa depan atas alasan bersifat subjudis dan bukan prosiding menghina mahkamah.

Bagaimanap­un, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah, tindakan menuntut Najib memohon maaf atas alasan subjudis adalah salah kerana tiada sebab untuk pendakwaan meminta mahkamah menyatakan hantaran itu sebagai subjudis dan meminta Najib memohon maaf.

Peguam itu berkata, sebarang permohonan di mahkamah adalah bagi mendapatka­n perintah daripada hakim.

“Kalau mereka tidak meminta perintah atau keputusan daripada Yang Arif, ini adalah salah. Tiada petunjuk menyatakan ini adalah subjudis.

“Hakim bukan penasihat dalam prosiding ini. Pendakwaan tidak boleh minta relif kalau tiada kesalahan. Ini seolah-olah minta dia mohon maaf tetapi dia tidak tahu apa kesalahann­ya,” katanya.

Tommy berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan rasmi berhubung perkara itu.

Dalam permohonan 18 Julai lalu, Tommy memberitah­u mahkamah, Najib memuat naik hantaran menjelaska­n berhubung penggunaan kad kredit miliknya dengan menyatakan ia digunakan bagi membeli hadiah untuk kerabat diraja luar negara.

Kalau mereka tidak meminta perintah atau keputusan Yang Arif, ini adalah salah. Tiada petunjuk menyatakan ini adalah subjudis.

Muhammad Shafee Abdullah, Peguam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia