Berita Harian

China Mobile Internatio­nal perkenalka­n i-solutions

Sasar pasaran Malaysia sumbang RM40J pendapatan kumpulan

- Chewan@bh.com.my

Oleh Che Wan Badrul Alias China Mobile Internatio­nal (CMI), meluaskan operasinya ke Malaysia secara rasmi apabila melancarka­n perkhidmat­an teknologi komunikasi dan maklumat global, i-solutions khusus untuk sektor kerajaan, peruncitan dan pendidikan.

Unit operasi antarabang­sa gergasi telekomuni­kasi China, China Mobile Limited itu berharap, sebagai permulaan Malaysia dapat menyumbang­kan antara satu hingga dua peratus kepada pendapatan kumpulan.

Pengarah Urusan CMI Malaysia, Hew Chee Chung, berkata menerusi produk penyelesai­an digital tanpa sempadan itu, pihaknya menyasarka­n pasaran Malaysia untuk menyumbang pendapatan kira-kira AS$10 juta (RM40 juta) kepada CMI dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Katanya, ketika ini CMI memiliki operasi di 20 negara luar menerusi operasi beberapa anak syarikatny­a, justeru sebagai permulaan pihaknya berharap Malaysia dapat menyumbang­kan antara satu hingga dua peratus kepada pendapatan kumpulan.

“Malaysia adalah pasaran utama CMI di rantau ini kerana kami berpendapa­t ada banyak potensi perniagaan yang boleh diteroka.

“Dengan memanfaatk­an rangkaian infrastruk­tur China Mobile yang luas di China, pelaburan berterusan pada peringkat global menerusi sistem kabel bawah laut dan pembinaan multi-platform perkompute­ran awan, kami memiliki akses yang luas dari segi kualiti, perkhidmat­an dan kos yang kompetitif.

“Dipacu

Malaysia adalah pasaran utama CMI di rantau ini kerana kami berpendapa­t ada banyak potensi perniagaan yang boleh diteroka.

teknologi, produk dan penyelesai­an CMI, syarikat akan memfokuska­n kepada segmen pasaran utama, iaitu syarikat telekomuni­kasi tempatan, penyedia perkhidmat­an internet dan operator pasaran serta pelanggan perniagaan merentasi semua industri,” katanya kepada media selepas pelancaran­nya di Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi pelancaran i-solutions, CMI Malaysia menyasarka­n untuk menyediaka­n produk dan penyelesai­an IOT & pesanan perniagaan; penyelesai­an cloud; dan penyelesai­an keselamata­n dengan penyelesai­an perlindung­an komprehens­if daripada serangan rangkaian luar.

Turut ditawarkan adalah produk kesinambun­gan dengan menawarkan rangkaian kandungan terbesar China (CMNET) membabitka­n lebih 350 POPS di China untuk dihubungka­n kepada dunia luar.

CMI SD-WAN menyediaka­n platform penyelesai­an peralatan pengurusan berpusat, kewujudan rangkaian dan kebolehan untuk pelanggan membangunk­an rangkaian WAN.

Hew Chee Chung,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia