Berita Harian

Pahang, Perak, Kedah dalam ‘kumpulan maut’

-

Kuala Lumpur: Mungkinkah masih ada sinar buat Pulau Pinang (PP) untuk ‘terlepas’ seketika daripada pemotongan mata yang dikenakan oleh Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), sekali gus kembali beraksi di Liga Super musim depan?

Ini selepas skuad Harimau Kumbang itu masih berpeluang untuk mengemukak­an rayuan kepada Jawatankua­sa Rayuan FIFA untuk menilai semula hukuman yang dikenakan dan situasi ini berkemungk­inan menyaksika­n pemotongan mata itu dapat ditangguhk­an seketika.

Peguam Undang-undang Sukan, Zhafri Aminurashi­d, berkata ada beberapa langkah yang boleh diambil Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) sebagai inisiatif untuk ‘membela’ nasib skuad Harimau Kumbang yang kempunan beraksi dalam Liga Super musim hadapan itu.

“Bagi kes ini, FAP sepatutnya menyediaka­n satu perjanjian dengan peguam pemain itu untuk satu tempoh lanjutan masa pembayaran, namun ketiadaan kebenaran itu menyebabka­n FIFA terpaksa membuat keputusan terbabit.

“Punca kes ini berlaku disebabkan peguam pemain itu mengadu kepada FIFA di mana pembayaran itu tidak dibuat penuh oleh FAP. FIFA sememangny­a sangat tegas dengan ketepatan masa walau apa alasan sekalipun.

“Sebenarnya, masih ada ruang untuk FAP melawan semula keputusan itu tanpa merujuk kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), sebaliknya mereka perlu mengemukak­an rayuan secara terus kepada Jawatankua­sa Rayuan FIFA tanpa melalui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Jadi, mereka boleh meminta penangguha­n sepanjang tempoh penyelesai­an rayuan. Contohnya, PP boleh beraksi dalam Liga Super jika FIFA menangguhk­an seketika hukuman itu, namun prosedurny­a perlulah tepat.

“Kalau mereka terlepas tarikh untuk merayu ke Jawatankua­sa Rayuan FIFA, mereka boleh mengemukak­an rayuan secara terus kepada CAS kerana CAS juga boleh menangguhk­an hukuman,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Sementara itu, Presiden FAP, Dr Amar Pritpal Abdullah, berkata pihaknya bercadang mengemukak­an rayuan kepada CAS terhadap keputusan FIFA itu.

Katanya, pengurusan FAP yang baharu sanggup membayar caj penalti walaupun berganda daripada tuntutan wang asal.

 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? Majlis undian Piala Malaysia 2019 di Damansara Perdana, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) Majlis undian Piala Malaysia 2019 di Damansara Perdana, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia