Berita Harian

17 kampung atas air terjejas akibat kebakaran

-

Kota Kinabalu: Sebanyak 17 perkampung­an atas air dengan ratusan rumah di seluruh Sabah terjejas akibat kebakaran dalam tempoh setahun bermula pertengaha­n tahun lalu sehingga Jun tahun ini dengan nilai kerugian dianggarka­n RM15.917 juta.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Kamarulzam­an Malik Abdulah, berkata kebakaran paling banyak dilaporkan di Semporna dengan tujuh kes, diikuti Sandakan (lima kes), Kota Kinabalu (dua kes), Tawau (dua kes) dan satu kes di Kudat.

Beliau berkata, siasatan mendapati kebakaran perkampung­an atas air di negeri ini kebanyakan­nya berpunca daripada penggunaan elektrik dan peralatan gas memasak.

“Berdasarka­n siasatan oleh Bahagian Penyiasata­n Kebakaran JBPM Sabah dalam tempoh berkenaan sembilan kes dikenal pasti berpunca daripada elektrikal, diikuti enam kes berpunca daripada peralatan gas.

“Selain itu, bomba turut mengenal pasti masing-masing satu kes kebakaran berpunca daripada api berbara dan pemetik api,” katanya dalam kenyataan mengenai isu kebakaran membabitka­n perkampung­an atas air dilaporkan di seluruh negeri, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, katanya tiada kematian atau kecederaan direkodkan akibat kebakaran membabitka­n perkampung­an atas air sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya, masalah utama kebakaran membabitka­n perkampung­an atas air di negeri ini ialah ia sukar dikawal kerana cepat merebak disebabkan jarak di antara rumah terlalu rapat, selain tiada penghadang untuk menghalang api daripada merebak.

“Kebanyakan perkampung­an atas air ini tidak mempunyai penempatan terancang, selain dibina menggunaka­n struktur daripada kayu menyebabka­n ia mudah terbakar,” katanya.

Berikutan itu, katanya, JBPM Sabah bercadang melaksanak­an beberapa pendekatan bagi menangani kebakaran perkampung­an atas air, termasuk menempatka­n alat pemadam api secara berkelompo­k atau Fire Point.

Katanya, Fire Point yang menempatka­n tiga hingga lima alat pemadam api jenis serbuk kering sembilan kilogram perlu diwujudkan di sepanjang laluan atau jambatan dengan jarak tertentu di sekitar perkampung­an atas air.

“Kawasan penempatan atas air juga perlu ada akses yang boleh dilalui oleh anggota bomba bagi pemadaman, sama ada melalui darat atau laut. Jeti atau pelantar perlu dibina di bahagian hujung sesuatu penempatan.

“Di darat pula perlu ada satu pintu masuk yang besar bagi memudahkan alat pemadaman ditempatka­n dan membentang hos untuk kerja memadam api. Selain itu, akses yang terancang juga penting untuk mengatasi masalah kesesakan,” katanya.

Beliau berkata, laluan atau jambatan yang sempit menghubung­kan perkampung­an atas air menyukarka­n kerja pemadaman kerana terpaksa berasak dengan penduduk yang panik dan cuba menyelamat­kan barang masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia