Berita Harian

Kios digital ciptaan unik anak tempatan

Raja Ahmad Fauzan rancang perluas Trendy County di lokasi tumpuan

- Wanti@bh.com.my

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias Kuala Lumpur: Mesin layan diri automatik berteknolo­gi tinggi kini semakin menjadi pilihan pengguna di lokasi strategik negara ini.

Menyedari aliran itu, seorang anak kelahiran Kelantan, Raja Ahmad Fauzan Raja Hassan, 42, menghasilk­an mesin layan diri separa robotik pelbagai barangan bagi memenuhi permintaan.

Dikenali Trendy County Digital Kiosk, ia yang direka cipta, dimiliki dan dikendalik­an oleh anak tempatan sudah beroperasi di terminal Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sejak 2016.

Uniknya, kios berkenaan dilengkapi skrin sentuh paparan besar, kebolehhub­ungan dengan media sosial seperti Facebook dan Instagram, menerima penggunaan kad debit, kad kredit dan kad tambah nilai, selain boleh menganalis­is data pelanggan seperti umur, jantina dan asal.

Inovasi yang sudah didaftar paten, reka bentuk dan hak cipta di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO) itu pernah direkodkan dalam Malaysia Book of Records sebagai mesin layan diri pelbagai barang tanpa menggunaka­n wang tunai sebagai transaksi.

Raja Ahmad Fauzan berkata, terdapat tiga model mesin layan diri Trendy County, iaitu untuk barang keperluan pelancong, mesin pembancuh kopi automatik dan mesin minuman serta makanan.

“Bermula dengan dua unit, kini saya menempatka­n 36 unit di KLIA, Klia2, Pusat Konvensyen Kuala Lumur (KLCC) dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai, Johor.

“Kami juga sedang memperluas­kan rangkaian Trendy County di lokasi tumpuan pelancong dan orang ramai yang lain, seperti stesen Sistem Aliran Transit (LRT), pusat riadah dan lapangan terbang lain di negara ini.

“Daripada analisis sistem mesin itu, didapati 70 peratus pelanggan adalah tempatan manakala baki 30 peratus adalah pelancong asing,” katanya kepada BH.

Alumni Universiti Teknologi MARA yang kemudian melanjutka­n pengajian peringkat sarjana dalam bidang pengurusan di Universiti Portsmouth, United Kingdom turut berkongsi pengalaman inovasi pertamanya, membuat sendiri sebuah radio ketika berusia 12 tahun.

“Saya menggabung­kan minat, iaitu suka mereka cipta sesuatu yang baharu dengan sesuatu yang boleh menjana pendapatan dan di situ lahirnya Trendy County.

“Saya memilih jenis perniagaan yang berbeza daripada orang lain kerana sudah melalui pengalaman kejatuhan ketika membuka restoran dan dobi.

“Jika orang buka restoran, kita juga boleh buka, tetapi lebih baik buat sesuatu yang unik, berinovati­f dan kurang saingan,” katanya.

Bapa kepada empat anak ini berkata, beliau mendapat ilham menghasilk­an inovasi itu selepas berkunjung ke negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Katanya, di negara berkenaan, beliau melihat pelbagai barang mudah dibeli dengan menggunaka­n mesin kecil di tempat tumpuan awam.

“Saya pernah kecewa kerana tidak mendapat bantuan geran mahupun pinjaman dalam negara selepas membentang­kan idea inovasi ini. Mungkin ia benda baharu, ramai takut untuk melabur.

“Bagaimanap­un, saya menerima dana daripada firma pelaburan (Venture Capitalist) luar negara yang nampak masa depan perniagaan ini dan sehingga kini ia terus berkembang.

“Walaupun saya ditawarkan kerja di luar negara dan mendapat geran kajian dan penyelidik­an jutaan ringgit daripada pelabur Australia, kepuasan saya tetap menyumbang bakti kepada tanah air.

“Antara prinsip hidup saya, apabila kita buat sesuatu yang kita suka, ia bukan lagi pekerjaan, tetapi ia adalah kegemaran. Setiap kegagalan bukan kegagalan, tetapi ujian dan untuk dapat hasil luar biasa, kita perlu lakukan usaha yang luar biasa,” katanya.

Raja Ahmad Fauzan kini bekerjasam­a dengan Technology Park Malaysia (TPM), agensi di bawah Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk menyiapkan beberapa inovasi terkini sebagai penyelesai­an automatik kepada beberapa jabatan awam di negara ini.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? Raja Ahmad Fauzan menunjukka­n produk di Trendy County Digital Kiosk ciptaannya di KLIA.
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) Raja Ahmad Fauzan menunjukka­n produk di Trendy County Digital Kiosk ciptaannya di KLIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia