Berita Harian

Polis tak tutup kes bunuh Audrey Melissa

-

Kuala Lumpur: Polis tidak pernah menutup siasatan kes jenayah yang belum selesai walaupun ia sudah lama berlaku seperti pembunuhan murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Methodist di sini, Audrey Melissa Bathinatha­n pada 1999.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata polis sebaliknya menyimpan dan sentiasa mengemaski­ni kertas siasatan jika ada perkembang­an baharu.

“Secara peribadi, saya tidak pernah melihat kertas siasatan kes terbabit (pembunuhan Audrey Melissa), tetapi secara keseluruha­n memang kita tidak pernah tutup manamana siasatan kes yang belum selesai, biar pun ia sudah lama berlaku.

“Kertas siasatan disimpan dan dikemaskin­i. Jika ada petunjuk baharu, kita akan siasat dan sekiranya bukti mencukupi, kes ia akan dibawa untuk tindakan pendakwaan di mahkamah,” katanya kepada BH.

Audrey Melissa, murid Tingkatan Lima SMK Perempuan Methodist di Jalan Cenderasar­i, di sini, ditemui mati pada jam 7 pagi, 18 Mac 1999 di kawasan depan Masjid Negara.

Bedah siasat yang dijalankan kemudian mendapati remaja berkenaan parah dipukul di kepala sebelum dirogol dan dijerut lehernya sehari sebelum mayat ditemui.

Ketika itu, terowong sepanjang 269 meter berkenaan dikatakan tempat gelandanga­n dan penagih dadah melepak. Polis juga pernah menjurus siasatan kepada kemungkina­n Audrey dibunuh penagih dadah.

Bedah siasat mendapati mangsa dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya. Pada awal siasatan, dua lelaki berusia 20 dan 28 tahun ditahan untuk siasatan.

Kedua-dua suspek terbabit bagaimanap­un dilepaskan dan sehingga kini, pembunuh Audrey Melissa belum berjaya dihadapkan ke mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia