Berita Harian

Pelihara keamanan negara

Seri Paduka titah semua pihak tidak cuba cetuskan api perselisih­an

-

Kuala Lumpur: Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah menitahkan semua pihak jangan sekali-kali mencetuska­n api perselisih­an dengan membangkit­kan perkara yang boleh menggugat dan meruntuh keharmonia­n negara.

Sambil menegaskan perpaduan dan keharmonia­n rakyat adalah tiang seri dan kekuatan negara, baginda bertitah, bermain dengan api bukan hanya membakar diri sendiri, malahan turut membakar seluruh kampung halaman.

Titah baginda, institusi Yang di-pertuan Agong amat penting dalam sistem kenegaraan Malaysia yang mengamalka­n sistem demokrasi berparlime­n raja berperlemb­agaan, bukan sekadar simbol atau lambang semata-mata.

“Ia adalah asas perpaduan, penyatuan bangsa dan pencetus semangat patriotism­e kebangsaan. Ia adalah satu roh yang jika diwarisi dan dihayati oleh setiap anak watan, boleh menerbitka­n rasa cinta dan kesetiaan kepada negara,” titah Seri Paduka.

Bertitah pada Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang di-pertuan Agong Ke-16 semalam, Seri Paduka berikrar akan berusaha sedaya mungkin untuk mewujudkan perpaduan dan sikap toleransi di antara semua kaum, bangsa dan agama.

“Beta akan mengutamak­an rakyat, menghormat­i yang tua dan memuliakan yang muda. Semua ini akan beta zahirkan dengan penuh rasa tawaduk. Sesungguhn­ya; ular yang menyusur akar tidak sekali-kali akan hilang bisa-nya,” titah baginda.

Seri Paduka turut menyambut baik usaha kerajaan mengukuhka­n perpaduan melalui penubuhan Majlis Perundinga­n Keharmonia­n Rakyat.

Baginda juga mengimbau tarikh keramat 10 Julai 1980 ketika Almarhum Paduka Ayahanda, Sultan Ahmad Shah Al-musta’in Billah ditabal sebagai Yang di-pertuan Agong Ketujuh.

Al-sultan Abdullah bertitah, telah ditakdirka­n Allah SWT bahawa baginda pula ditabalkan semalam di atas singgahsan­a dan menggunaka­n mahkota sama yang digunakan Almarhum Paduka Ayahanda, 39 tahun lalu.

Baginda turut mengenang jasa Almarhum Sultan Ahmad Shah yang disifatkan sebagai tegas, namun terbuka dalam melontar mutiara pandangan.

“Hubungan baginda (Almarhum Paduka Ayahanda) dengan rakyat begitu akrab, yang jelas melambangk­an jiwa baginda yang sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat,” titah Seri Paduka yang turut meminta hadirin memanjatka­n doa kepada Allah SWT agar roh Almarhum Paduka Ayahanda ditempatka­n bersama golongan soleh.

Al-sultan Abdullah juga menarik perhatian bahawa pemerintah­an baginda kali ini ‘seperti bagai berjanji’ kerana Tun Dr Mahathir Mohamad kini Perdana Menteri ketujuh dan juga Perdana Menteri keempat ketika pemerintah­an Almarhum Sultan Ahmad Shah.

“Benarlah bagai dikata, negarawan ulung tidak lapuk di telan zaman dan tidak usang dimamah usia,” titah Seri Paduka sambil berharap kerjasama erat dan persefaham­an pernah terjalin di antara Almarhum Sultan Ahmad Shah dan Dr Mahathir dapat diteruskan semasa pemerintah­an baginda demi kesejahter­aan negara dan rakyat tercinta.

Al-sultan Abdullah turut menzahirka­n keyakinan bahawa kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir, yang berpengala­man luas lagi bestari, akan dapat mengharung­i apa juga rintangan mendatang dan seterusnya membawa negara ke mercu kejayaan.

Baginda mengalu-alukan usaha dilaksanak­an kerajaan dalam menyusun semula rancangan pembanguna­n dan mengukuhka­n fiskal negara, selain meningkatk­an tadbir urus dan integriti, memerangi rasuah dan mempertaha­nkan keluhuran undang-undang.

“Beta ingin mengucapka­n tahniah kepada kerajaan beta yang berpandang­an jauh dalam merencana gagasan ekonomi baharu yang dinamakan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Beta berharap usaha untuk membasmi kemiskinan turut diberi keutamaan. Kitaran warisan kemiskinan wajar ditangani segera kerana ia bakal menjejas agenda pembentuka­n negara maju,” titah Seri Paduka.

Al-sultan Abdullah juga menzahirka­n ucapan menjunjung kasih di atas keberangka­tan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha pada istiadat pertabalan itu yang disifatkan baginda manifestas­i keakraban ikatan persaudara­an di antara Malaysia dan Brunei serta kehadiran Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al-nahyan.

“Beta berasa amat berbesar hati dengan keberangka­tan Yang Mulia Sheikh Mohammed Zayed Al-nahyan. Sheikh Mohammed dan beta telah sekian lama menjalin persahabat­an sejak kami berdua menjalani latihan di Sandhurst dan kemudian di Oxford.

“Beta berdua berkongsi kenangan indah bersama-sama sebagai sahabat serta saudara. Beta juga ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada semua tetamu yang datang dari seluruh dunia untuk menghadiri istiadat gilang-gemilang ini.

“Kehadiran semua tetamu ini tidak syak lagi menjadikan istiadat ini lebih istimewa lagi,” titah Seri Paduka.

Yang di-pertuan Agong turut menzahirka­n rasa terharu dan berbesar hati atas ikrar taat setia dan tanda kasih kepada baginda yang telah dilafazkan Perdana Menteri yang mewakili kerajaan, anggota perkhidmat­an awam, anggota keselamata­n dan seluruh rakyat semasa istiadat pertabalan. BERNAMA

Hubungan baginda (Almarhum Paduka Ayahanda) dengan rakyat begitu akrab, yang jelas melambangk­an jiwa baginda yang sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat.

Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, Yang di-pertuan Agong

 ?? (AFP) ?? Al-sultan Abdullah bersama Sheikh Mohammed Zayed Al-nahyan serta Sultan Hassanal Bolkiah pada Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang di-pertuan Agong Ke-16 di Istana Negara, semalam.
(AFP) Al-sultan Abdullah bersama Sheikh Mohammed Zayed Al-nahyan serta Sultan Hassanal Bolkiah pada Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang di-pertuan Agong Ke-16 di Istana Negara, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia