Berita Harian

Pelancong dalam, luar negara kongsi kegembiraa­n

-

Kuala Lumpur: Pelancong dari dalam dan luar negara tidak melepaskan peluang berkongsi kegembiraa­n Malaysia menerima Yang di-pertuan Agong baharu, semalam.

Pelancong dari Hong Kong, Halen Wong, 44, berkata beliau mendapat berita daripada rakannya di sini, bahawa semalam diadakan Istiadat Pertabalan Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah sebagai Yang di-pertuan Agong Ke-16.

“Saya ucapkan tahniah kepada rakyat negara ini, kerana dikurniaka­n Yang di-pertuan Agong baharu,” katanya di Muzium Diraja, Istana Negara, semalam.

Beliau berkata, kunjungann­ya ke muzium berkenaan lebih bermakna, sempena istiadat penuh bersejarah berkenaan.

Pelancong dari Switzerlan­d, Jelena Shum, 20, pula berpendapa­t Muzium Diraja harus dikunjungi setiap pelancong, kerana ia dapat memberi lebih kefahaman mengenai institusi raja di Malaysia.

“Saya sangat kagum dengan pengisian di muzium ini dan ia wajar dikunjungi pelancong kerana dapat memberi gambaran lebih jelas mengenai institusi diraja Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Kamaruddin Zulkifli, 29, membawa isteri dan anak berkunjung ke Muzium Diraja untuk mengambil mood Istiadat Pertabalan, semalam.

“Saya ternanti-nanti berjumpa Seri Paduka yang dikhabarka­n mudah didekati rakyat. Mungkin tiada rezeki hari ini (semalam), jadi saya bawa isteri dan anak ke Muzium Diraja,” katanya.

Zainal Khalil, 60, bersama isteri, Aina Zaid, 43, dan tiga anak perempuan mereka menjadikan kunjungan ke Muzium Diraja setiap kali ada Istiadat Pertabalan Yang di-pertuan Agong sebagai satu tradisi.

“Biasanya, sewaktu Istiadat Pertabalan ada pameran diraja dianjurkan serentak, namun kali ini ia hanya bermula awal minggu depan,” katanya merujuk pameran ‘Raja Kita’ bermula 6 Ogos hingga 5 November depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia