Berita Harian

3 agensi baharu perkasa Sarawak

RECODA fokus rancang pelan pembanguna­n beri impak ekonomi

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@bh.com.my

Penubuhan tiga agensi baharu itu kini menjadi fokus pihaknya dalam merancang pelan pembanguna­n yang mampu membawa limpahan kemajuan dan impak ekonomi ke kawasan berkaitan.

Kuching: Penubuhan Agensi Pembanguna­n Ulu Rajang (URDA), Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA) antara pendekatan strategik Kerajaan Sarawak ke arah memperkasa­kan usaha pembanguna­n di kawasan pedalaman serta luar bandar di negeri ini.

Di bawah kawal selia Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA), inisiatif itu yang dirintis Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, mampu mengubah landskap sosioekono­mi di Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE).

Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datuk Ismawi Ismuni, berkata penubuhan tiga agensi baharu itu kini menjadi fokus pihaknya dalam merancang pelan pembanguna­n yang mampu membawa limpahan kemajuan dan impak ekonomi ke kawasan berkaitan.

“Ia dijangka membawa banyak kemajuan, terutama dalam meningkatk­an taraf hidup rakyat dengan kewujudan banyak peluang pekerjaan dan peluang perniagaan berkaitan, sekali gus mengubah landskap pembanguna­n di kawasan pedalaman dan luar bandar berkenaan.

Ismawi Ismuni, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA

“Untuk mencapai matlamat itu, perkara asas yang perlu kita berikan perhatian ialah rangkaian perhubunga­n iaitu sistem jalan raya, jambatan, bekalan air dan elektrik. Ini penting dalam menarik pelaburan ke kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat bersama Pengarah Urusan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Kamal Khalid, di Ibu pejabat RECODA di Menara LCDA, Kuching Isthmus, di sini, semalam.

Yang hadir sama, Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial MPB, Mustapha Kamil Mohd Janor; Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB, Johan Ishak dan Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid.

Turut serta, Pengarang Eksekutif Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an; Ketua Bahagian Pengiklana­n (Wilayah & SME) New Straits Times Press (NSTP), S Linggaraj dan Pengurus Besar Media Prima Digital (MPD), Nicholas Sagau.

Ismawi berkata, di bawah kepemimpin­an Abang Johari, kerajaan negeri komited melaksanak­an usaha berkenaan melalui penyediaan peruntukan besar, khusus bagi membiayai pelbagai projek infrastruk­tur asas.

“Dengan adanya infrastruk­tur asas ini, yang kita jangka dalam tempoh dua hingga tahun akan datang, RECODA berupaya untuk menarik dan membawa lebih banyak pelaburan ke kawasan ini,” katanya.

Ismawi berkata, dalam merangka pelan pembanguna­n di tiga subkoridor berkenaan, RECODA amat mementingk­an penyertaan wakil komuniti dalam makmal kendaliann­ya bagi mengenal pasti keperluan sebenar dan prospek pelaburan atau peluang ekonomi diinginkan di sesebuah kawasan.

“Kita ada penghulu, tuai rumah, ketua kaum, ketua kampung dan guru besar untuk turut serta dalam makmal dianjurkan.

“Mereka berada di lapangan, mereka lebih mengetahui keperluan yang diperlukan. Maklumat mereka amat penting untuk kita merangka pelan pembanguna­n yang bersesuaia­n mengikut kawasan,” katanya.

Sementara itu, Kamal menyatakan komitmen MPB untuk terus mengetenga­hkan dasar pembanguna­n negeri ini di peringkat nasional melalui pelbagai platform media arus perdana miliknya.

Malah, katanya, MPB sebagai konglomera­t media terbesar negara sentiasa terbuka untuk bekerjasam­a dengan Kerajaan Sarawak dalam konteks pelanconga­n, pendidikan dan ekonomi digital di negeri ini sering dengan perkembang­an semasa.

Terdahulu, Kamal bersama anggota delegasiny­a turut melakukan kunjungan hormat ke atas Abang Johari sempena lawatan kerja selama tiga hari ke negeri ini.

Turut diadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Berhad, Datuk Mohammad Medan Abdullah yang juga rakan korporat strategik NSTP.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Mahathir menerima kunjungan hormat Sheikh Mohamed Zayed di Perdana Putra, semalam.
(Foto BERNAMA) Dr Mahathir menerima kunjungan hormat Sheikh Mohamed Zayed di Perdana Putra, semalam.
 ?? (Foto Hazreen Mohamad /BH) ?? Ismawi menerima cenderahat­i daripada Kamal pada sesi pertemuan, di Kuching, semalam. Yang turut hadir Khaidir (kanan), Ahmad Zaini dan Linggaraj (kiri).
(Foto Hazreen Mohamad /BH) Ismawi menerima cenderahat­i daripada Kamal pada sesi pertemuan, di Kuching, semalam. Yang turut hadir Khaidir (kanan), Ahmad Zaini dan Linggaraj (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia