Berita Harian

Pakar tambah baik SOP bersepadu urus bencana

-

Kuala Lumpur: Sekumpulan pakar pengurusan bencana alam dan bantuan kemanusiaa­n negara ASEAN sedang menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) yang bersepadu serta boleh digunakan secara bersama.

Panglima Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Datuk Suhaimi Mohd Zuki, berkata SOP dalam menguruska­n bencana alam dan bantuan kemanusiaa­n itu akan membabitka­n penambahba­ikan input dan pendapat pakar dari delegasi 18 negara.

“Kami sudah sediakan SOP itu bersama Amerika Syarikat (AS) dan kini hendak menguji keberkesan­annya dengan mengumpulk­an kumpulan pakar dari rantau ASEAN dan berkongsi pandangan masing-masing bagi menambah baik SOP itu.

“Apabila SOP itu selesai dibincang dan ditambah baik oleh pakar, ia akan diguna pakai negara ASEAN dalam menguruska­n bencana alam,” katanya selepas merasmikan pembukaan Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN-PLUS Kumpulan Pakar Kerja Misi Bantuan Kemanusiaa­n dan Bencana Alam 2019 di Wisma Perwira ATM di sini, semalam.

Eksesais tiga hari itu disertai Ketua Delegasi daripada 18 negara termasuk AS, Australia dan India, serta kira-kira 100 peserta yang mewakili agensi ketenteraa­n, kemanusiaa­n dan perubatan dari negara ASEAN.

Menurutnya, Indonesia dan Filipina kerap dilanda bencana alam, sekali gus memaksa anggota penyelamat serta pakar untuk menggunaka­n kaedah lebih berkesan, bagi menangani ancaman yang datang.

“Tiada negara terkecuali daripada menghadapi bencana alam...penting untuk kita bersiap sedia dan mengatur gerak pasukan bagi menyokong usaha multinasio­nal dalam melaksanak­an misi bantuan kemanusiaa­n, serta menguruska­n bencana alam secara berkesan,” katanya.

BERNAMA

Apabila SOP itu selesai dibincang dan ditambah baik oleh pakar, ia akan diguna pakai negara ASEAN dalam menguruska­n bencana alam.

Suhaimi Mohd Zuki, Panglima Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia