Berita Harian

‘Periksa berkala semua lampu jalan’

Pakar syor kemudahan sekitar sekolah operasi ikut tempoh kritikal

- Oleh Badrul Kamal Zakaria badrulkama­l@bh.com.my

Muar: Tenaga Nasional Berhad (TNB), pihak berkuasa tempatan (PBT) atau kontraktor pemasangan perlu membuat pemeriksaa­n terhadap lampu jalan sekurang-kurang sekali dalam tempoh lima tahun.

Ketua Jabatan Kejurutera­an Elektrik, Fakulti Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof Madya Dr Muhammad Saufi Kamarudin, berkata pemeriksaa­n secara berkala akan dapat memastikan kemudahan itu berfungsi dengan baik pada setiap masa.

“Setahu saya, tidak ada pihak yang membuat pemeriksaa­n secara berterusan pada setiap masa. Kalau ada pun hanyalah Pengurus Tenaga yang membuat pemeriksaa­n terhadap semua perkara termasuk pencahayaa­n tetapi lebih kepada menjimatka­n kos tenaga sahaja.

“Sebelum ini saya ada mendengar usaha untuk melakukan pemeriksaa­n terhadap kabel elektrik setiap 10 tahun sekali. Apa kata kalau perkara sama (pemeriksaa­n) ini dapat dilaksanak­an pada semua lampu jalan di negara ini.

“Kalau perkara ini dapat dilakukan sudah tentu masalah seperti lampu kurang terang cahayanya ini akan dapat diatasi,” katanya ketika ditemui BH di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Beliau mengulas laporan khas BH berhubung isu keselamata­n murid berikutan persekitar­an sepanjang laluan ke sesetengah sekolah sesi pagi yang gelap atau suram akibat kurang pencahayaa­n.

Muhammad Saufi yang juga pakar pencahayaa­n mencadangk­an supaya pihak berkenaan menetapkan lampu jalan sekitar sekolah beroperasi mengikut tempoh kritikal iaitu bermula jam 6 pagi hingga 7.30 pagi.

Beliau berkata, sistem lampu menggunaka­n alat pemasa biasanya diprogram bermula jam 7 malam hingga 7 pagi mengikut waktu siang dan malam yang normal di Malaysia.

“Kenapa tidak kita lanjutkan sikit tempoh lampu jalan ini kepada jam 7.30 hingga ke 8 pagi kerana kita tahu ia waktu kritikal murid ke sekolah.

“Lagi pun, kita kena tengok juga waktu solat Subuh kita. Kalau waktu Subuh ini lambat, kemungkina­n besar jam 7.30 pagi ini persekitar­annya masih gelap dan kalau waktu Subuh ini masuk awal,

Setahu saya, tidak ada pihak yang membuat pemeriksaa­n secara berterusan pada setiap masa. Kalau ada pun hanyalah Pengurus Tenaga yang membuat pemeriksaa­n terhadap semua perkara termasuk pencahayaa­n, tetapi lebih kepada menjimatka­n kos tenaga sahaja.

7.15 pagi keadaan sudah terang,” katanya.

Beliau juga berkata, pihak sekolah atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh membuat permohonan kepada pihak berwajib untuk mendapatka­n tiang lampu tambahan bagi menerangi kawasan persekitar­an.

“Kalau di kawasan dalam sekolah, pihak sekolah boleh membuat permohonan kepada TNB. Biasanya, kadar bayaran kalau tidak silap saya dalam RM10 sebulan sahaja bagi satu tiang lampu yang pasang. Saya rasa ia agak berbaloi demi keselamata­n murid dan anak mereka sendiri.

“Bagi kawasan luar sekolah pula, kalau jalan raya itu di bawah kelolaan PBT, pihak sekolah atau PIBG boleh mengajukan permohonan kepada pihak berkenaan,” katanya.

Muhammad Saufi juga berkata, penyedia perkhidmat­an lampu jalan di kawasan berisiko tinggi seperti kawasan sekolah perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan melalui Standard Malaysia (MS 825), British Standard (BS 13201) dan Dokumen Panduan Teknik Rekabentuk Elektrik yang dikeluarka­n oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau berkata, jika semua garis panduan itu dipenuhi, isu kemalapan, kesuraman atau pencahayaa­n yang tidak mencukupi tidak akan berlaku.

“Kita memang mempunyai garis panduan termasuk berkaitan lampu jalan ini termasuk penyuluhan cahaya yang dipanggil sebagai luminaire. Garis panduan ini sememangny­a sudah komprehens­if dan berkesan jika semua perkara ini dapat dipatuhi dengan betul.

“Justeru, semua pihak terutama pihak perunding khususnya perunding kejurutera­an mekanikal dan kontraktor yang bertanggun­gjawab perlu mengikut piawaian yang ditetapkan supaya masalah ini dapat diatasi,” katanya

Muhammad Saufi Kamarudin, Ketua Jabatan Kejurutera­an Elektrik, Fakulti Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH kelmarin.
Keratan akhbar BH kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia