Berita Harian

Segera ambil tindakan susulan

-

Shah Alam: Kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan segera supaya insiden pencemaran diesel di Sungai Selangor tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

EXCO Infrastruk­tur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Izham Hashim, berkata tindakan itu akan diambil selepas pihaknya menerima laporan lengkap daripada polis berhubung kejadian terbabit.

“Kita akan mendapatka­n maklumat terperinci daripada PDRM mengenai siasatan mereka ke atas insiden pencemaran itu sebelum melakukan tindakan selanjutny­a.

“Pencemaran sudah berlaku di sungai itu dan kita perlu pastikan ia tidak berulang lagi pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador memaklumka­n siasatan polis mendapati tiada unsur sabotaj dalam kes pencemaran diesel di Sungai Selangor yang menyebabka­n empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas, sebaliknya ia membabitka­n kecuaian.

Abdul Hamid berkata, kecuaian terbabit berlaku ketika pekerja syarikat pembersiha­n yang dilantik oleh kerajaan negeri membersihk­an Sungai Selangor.

Pada 21 Julai lalu, pencemaran minyak diesel dikesan di muka sauk LRA Fasa 1, 2 dan 3 dan LRA Rantau Panjang dari sumber air mentah di Sungai Selangor.

Susulan itu, semua LRA terbabit terpaksa dihenti tugas secara berperingk­at bermula jam 6 petang hingga 8.15 malam sebelum pulih semula secara berperingk­at pada keesokan harinya.

Berikutan itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, percaya ada unsur sabotaj dalam kes pencemaran itu dan meminta polis menyiasat.

Insiden itu adalah yang kedua dikesan selepas yang pertama membabitka­n pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Selangor pada 19 Julai lalu.

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia