Berita Harian

Mini-eazer harumkan nama negara di Seoul

Pemadam pelbagai kotoran ciptaan 6 pelajar SMAZA raih pingat emas World Invention Creativity Olympic Setec

- Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli bhnews@bh.com.my

Kuala Nerus: Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAZA) mencatat sejarah apabila memenangi pingat emas pada World Invention Creativity Olympic Setec, Korea Selatan, yang berlangsun­g pada 24 hingga 27 Julai lalu.

Enam pelajar Tingkatan Empat, iaitu Muhammad Hafiz Haiqal Zainudin; Ahmad Zafri Mohd Ramli; Nur Anis Farzana Abdul Malik; Zatil Hanna Zuraini; Che Nur Amni Che Rusdi dan Nurul Aisyah Mustafa, mencipta produk pemadam pelbagai kotoran yang dipanggil Mini-eazer.

Pemadam yang dicipta menggunaka­n buah-buahan, tumbuhan dan bahan semula jadi itu diilhamkan Guru Pembimbing dan Penyelidik SMAZA, Saripah Embong dan Pengetuany­a, Engku Abdullah Engku Dalam Ahmad.

Muhammad Hafiz berkata, penggunaan pemadam pelbagai kotoran yang dicipta kumpulanny­a itu lebih selamat dan mesra alam berbanding penggunaan alat pemadam lain yang mengandung­i bahan kimia seperti sodium, laureth dan sulfat yang biasanya ada di dalam larutan pencuci.

“Ciptaan itu diperbuat daripada buah belimbing buluh, cecair limau purut dan aloe vera (lidah buaya) serta menggunaka­n bahan terbuang seperti sabut kelapa, justeru ia selamat digunakan.

“Kami mengambil masa empat bulan menyiapkan­nya melalui proses tertentu sebelum ia diuji terhadap semua jenis kotoran.

“Bukan saja dakwat kekal pada papan putih malah pelbagai jenis kotoran kekal dan payah dipadam seperti kesan cat juga mampu dihilangka­n menggunaka­n ciptaan kami ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Menyambut Ketibaan Wira SMAZA di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, semalam.

Yang turut hadir, Engku Abdullah dan Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMAZA, Abdul Malek Muhamad.

Sementara itu, Ahmad Zafri berkata, ciptaan terbabit mengandung­i asid oxalic yang mampu memadamkan sebarang kotoran dan ia juga antibakter­ia.

“Sebanyak 30 negara termasuk China, Amerika Syarikat, Jepun, Kanada dan Korea Selatan yang mengambil bahagian berasa kagum dengan ciptaan kami.

“Kejayaan itu meningkatk­an lagi semangat kami untuk mencipta lebih banyak produk inovasi bertaraf antarabang­sa,” katanya.

Guru pengiring, Saripah berkata, pihaknya sudah mendaftark­an produk ciptaan terbabit di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO) dan bercadang untuk memasarkan­nya secara komersial.

Beliau berkata, selain produk pemadam itu, SMAZA juga memenangi tiga anugerah emas dan satu anugerah khas bagi produk menghalau lipas di 43rd Internatio­nal Invention Show, 14 hingga 17 November 2018 di Zagreb, Croatia.

 ?? (Foto Ahmad Rabiul Zulkifli/bh) ?? Kepulangan pelajar dan guru pengiring disambut meriah pada Majlis Menyambut Ketibaan Wira SMAZA di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, semalam.
(Foto Ahmad Rabiul Zulkifli/bh) Kepulangan pelajar dan guru pengiring disambut meriah pada Majlis Menyambut Ketibaan Wira SMAZA di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, semalam.
 ??  ?? Mini-eazer meraih pingat emas sempena World Invention Creativity Olympic Setec, di Korea Selatan pada 24 hingga 27 Julai lalu.
Mini-eazer meraih pingat emas sempena World Invention Creativity Olympic Setec, di Korea Selatan pada 24 hingga 27 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia