Berita Harian

Ikan pekasam, petai Perak laris di Singapura

-

Ipoh: Ikan pekasam dan petai menjadi produk kebanggaan dan tarikan makanan terbaru Perak yang akan diketengah­kan bagi pasaran pada peringkat antarabang­sa.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Infrastruk­tur, Pertanian dan Peladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari, berkata selepas durian, kedua-dua produk itu didapati menjadi produk paling laris sempena Malaysia Fest 2019 yang berlangsun­g di Bangunan Expo, Changi, Singapura, baru-baru ini.

“Sebelum ini, kita ada membawa beberapa produk istimewa seperti Rendang Tok, biskut kelapa dan sebagainya tetapi pada kali ini kita memperkena­l dua lagi produk iaitu petai dan ikan pekasam.

“Kedua-duanya mendapat sambutan hebat dan luar biasa, jadi kita akan mempertimb­ang dan berbincang dengan pihak tertentu untuk menjadikan produk terbabit sebagai produk signature (kebanggaan) terbaru untuk Perak,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, semalam.

Abdul Yunus berkata, tahun hadapan, pihaknya bercadang bergabung bersama beberapa portfolio negeri seperti pelanconga­n dan usahawan, agar dapat membuka ruang pasaran produk lebih luas untuk diketengah­kan.

“Ini adalah penyertaan ketiga Perak ke program Malaysia Fest itu, kali ini kita membuka dua gerai yang menawarkan 15 produk yang dihasilkan oleh 15 usahawan.

“Berdasarka­n pengalaman lalu, semua produk yang kita bawa memang mendapat sambutan di luar jangkaan daripada warga Singapura.

“Meskipun ekspo membabitka­n persaingan hebat daripada pelbagai negeri, tetapi saya yakin produk Perak mempunyai kelebihan dan keistimewa­an yang tersendiri,” katanya.

Festival berkenaan terbahagi kepada tujuh kluster membabitka­n kecantikan dan fesyen, makanan popular, jenama selebriti, makanan dan buah-buahan, trak makanan, pelanconga­n dan perkhidmat­an.

 ?? (Foto Balqis Jazimah Zahari/bh) ?? Abdul Yunus (dua dari kanan) menunjukka­n produk ikan pekasam yang dijual sempena Malaysia Fest 2019 di Singapura, baru-baru ini.
(Foto Balqis Jazimah Zahari/bh) Abdul Yunus (dua dari kanan) menunjukka­n produk ikan pekasam yang dijual sempena Malaysia Fest 2019 di Singapura, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia