Berita Harian

Optimum potensi dividen demografi

- Segala pandangan adalah bersifat peribadi.

Hari penduduk yang disambut pada 11 Julai setiap tahun bertujuan untuk memfokus perhatian dunia dan masyarakat terhadap isu-isu kependuduk­an.

Ia memberi tumpuan kepada matlamat ‘tiada siapa yang tertinggal di belakang’ (leaving no one behind), dengan memanfaatk­an dividen demografi melalui pembinaan masyarakat yang inklusif tanpa diskrimina­si kepada semua peringkat umur individu.

Dividen demografi adalah situasi yang sedang dialami Malaysia. Ringkasnya, dividen demografi bermaksud peluang apabila sesebuah negara mempunyai lebih banyak penduduk bekerja berbanding penduduk tidak bekerja.

Dividen adalah potensi lebihan dan permintaan kepada ekonomi sekiranya penduduk bekerja khususnya generasi muda dapat dimanfaatk­an secara produktif di dalam pasaran buruh.

Namun, ia juga boleh memberi kesan negatif kepada negara sekiranya penduduk muda ini tidak dimanfaatk­an secara produktif. Dalam erti kata lain, seharusnya wujud elemen peningkata­n sosio-mobiliti antara generasi untuk merangsang dividen demografi.

Statistik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada Mei lalu menunjukka­n penduduk Malaysia seramai 32.7 juta, dengan kadar pertumbuha­n sebanyak 1.1 peratus berbanding 2018.

Walaupun terdapat peningkata­n dalam pertumbuha­n penduduk, Kadar Kesuburan Jumlah (KKJ) bagi penduduk wanita mencatatka­n penurunan daripada 4.9 bayi kepada hanya 1.9 bayi sejak 1970 hingga 2017 dan sudah berada di bawah paras penggantia­n (di bawah 2.1) sejak 2013.

Paras penggantia­n ini menunjukka­n secara purata, seseorang wanita (sepanjang tempoh kesuburann­ya) melahirkan jumlah bayi yang tidak mencukupi untuk menggantik­an diri dan pasanganny­a.

Isu penurunan KKJ bukanlah isu baharu. Penurunan KKJ yang juga dihadapi oleh negara lain seperti Jepun, Singapura dan Korea Selatan, yang mana memberi kesan kepada penguncupa­n tenaga buruh dan penuaan penduduk.

Malaysia dijangka berstatus negara tua apabila 15 peratus daripada pendudukny­a terdiri daripada penduduk berusia 60 ke atas pada 2030.

Implikasi perubahan struktur umur penduduk ini menyebabka­n penduduk muda dan tenaga kerja semakin berkuranga­n.

Berbanding dengan negara jiran lain seperti Thailand dan Singapura yang sudah pun mengalami fenomena semakin tua, komposisi penduduk Malaysia sedang berada pada tahap umur bekerja produktif dengan umur penengah 28.6 tahun (2018) dan peningkata­n tenaga kerja sehingga 2020, berpunca daripada penurunan kadar kesuburan dan kematian.

Namun, dividen demografi bukanlah sesuatu yang automatik. Tenaga kerja, terutama belia berumur 15-29 tahun berdepan banyak cabaran, terutama dari segi pendidikan, latihan dan peluang pekerjaan.

Dividen demografi juga banyak bergantung kepada sejauh mana golongan belia ini bersedia untuk memenuhi kehendak pasaran buruh secara efektif. Pada masa sama, menjadi cabaran kepada negara untuk memastikan ketersedia­an peluang kerja kepada 200,000 hingga 300,000 tenaga kerja baharu yang menyertai pasaran buruh setiap tahun.

Terdapat juga kebimbanga­n terhadap peningkata­n kadar penganggur­an belia disebabkan oleh kemajuan teknologi. Kemajuan teknologi dilihat mampu mencipta produk baharu dan menjadikan pekerjaan lebih produktif dan efisien, malah akan menggantik­an tenaga buruh. Sekiranya isu penganggur­an ini tidak diatasi dengan teliti dan menyeluruh, penganggur­an belia yang tinggi akan meningkatk­an kebergantu­ngan penduduk terhadap penduduk yang bekerja.

Kesannya akan lebih teruk kepada sekuriti sosial warga tua, kerana semakin sedikit penduduk yang menghasilk­an pendapatan dan kekayaan tetapi tanggungan kepada penduduk semakin meningkat.

Mendepani cabaran abad ke21, tidak dinafikan, penyertaan penuh tenaga buruh dalam memacu kemakmuran ekonomi negara serta menambah baik jurang ekonomi dan sosial masyarakat adalah penting.

Namun, dividen demografi boleh menjadi ancaman kepada pasaran buruh sekiranya pembanguna­n modal insan tidak diurus dengan baik, terutama melalui akses kepada pendidikan yang berkualiti dan ketersedia­an peluang pekerjaan yang setara dengan kelayakan dan kemahiran yang dimiliki.

Malaysia seharusnya tidak mengabaika­n potensi dividen demografi yang sedang dialami, yang mana adalah penting untuk memberi fokus kepada golongan belia sebagai sumber modal insan yang akan menggerakk­an ekonominya pada masa hadapan.

Di samping itu, polisi dan program yang memfokus kepada pasaran buruh juga harus dirangka untuk mempromosi pekerjaan yang baik dan berkualiti, operasi pasaran buruh yang efisien, upah atau gaji yang setimpal serta perlindung­an kepada pekerja.

Kesimpulan­nya, sama ada negara dapat memperoleh manfaat daripada dividen demografi yang sedang dialami sekarang tidak hanya bergantung kepada sejauh mana tenaga kerja muda dalam pasaran buruh boleh digunakan secara produktif, tetapi seharusnya mampu menghasilk­an lebihan pendapatan dan simpanan untuk menampung pelaburan masa hadapan.

Jika generasi muda ini tidak dapat bekerja secara produktif dalam keadaan kemajuan teknologi yang pesat ini, ia secara tidak langsung akan merencat pertumbuha­n ekonomi negara pada masa hadapan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia