Berita Harian

Airbus A220 lawat 6 destinasi Asia

Pesawat paling moden, penggunaan bahan api 20 peratus lebih rendah

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Pesawat ujian penerbanga­n Airbus A220-300

Pesawat itu memberikan kecekapan yang terbaik dan keselesaan penumpang dalam kategori saiznya, dengan penggunaan bahan api 20 peratus lebih rendah berbanding pesawat generasi sebelumnya.

Kuala Lumpur: Pesawat ujian Airbus A220-300 akan mengunjung­i enam destinasi Asia sebagai sebahagian daripada lawatan demonstras­i pada peringkat serantau.

“Selepas persinggah­an di Lapangan Terbang Incheon Seoul, pesawat itu akan menuju ke Yangon (Myanmar), lokasi pertama lawatan demonstras­i itu,” kata Airbus dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di Toulouse.

Pesawat Airbus itu akan mengunjung­i Hanoi (Vietnam), Bangkok (Thailand) dan Kuala Lumpur (Malaysia) sebelum menuju utara ke Nagoya (Jepun).

Pesawat A220 adalah pesawat paling moden dalam segmen pesawat yang mempunyai 100-150 kerusi.

Airbus berkata, pesawat itu memberikan kecekapan yang terbaik dan keselesaan penumpang dalam kategori saiznya, dengan penggunaan bahan api 20 peratus lebih rendah berbanding pesawat generasi sebelumnya.

Pesawat A220 yang digunakan untuk lawatan demonstras­i di Asia adalah pesawat ujian penerbanga­n Airbus yang dilengkapi dengan kabin penumpang kelas tunggal biasa.

Semasa lawatan demonstras­i A220, pelanggan dan media akan diberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat ciri-ciri, keselesaan dan prestasi pesawat udara yang memberi manfaat kepada pengendali dan penumpang.

Pesawat A220 mempunyai tahap penggunaan bahan api yang terbaik dalam kelasnya dan memberikan keselesaan dari segi ruang kabin yang luas untuk jenis pesawat lorong tengah tunggal antara tempat duduk penumpang.

Ia menyatukan aerodinami­k canggih, bahan canggih dan generasi terkini Pratt & Whitney, PW1500G yang dipacu enjin turbofan bagi menawarkan sekurang-kurangnya 20 peratus pembakaran bahan api lebih rendah bagi setiap kerusi berbanding pesawat generasi sebelumnya.

Airbus adalah peneraju global dalam aeronautik, angkasa dan perkhidmat­an yang berkaitan. Pada 2018, ia menjana pendapatan sebanyak £64 bilion (RM293.28 bilion) dan menggaji tenaga kerja sekitar 134,000.

 ?? (Foto Hiasan) ?? dilengkapi kabin penumpang kelas tunggal biasa.
(Foto Hiasan) dilengkapi kabin penumpang kelas tunggal biasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia