Berita Harian

Tingkat penguasaan

Pelajar dibimbing lebih memahami topik, kehendak soalan dan menjawab secara berkesan

-

Seminar pendidikan memberi pelbagai kesan positif, termasuk memperoleh pengetahua­n tambahan yang apabila digabungka­n dengan ilmu diajar guru di sekolah akan meningkatk­an pemahaman pelajar.

Puan Nor’ain Adam

Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Komuniti dan Pembanguna­n Modal Insan Jabatan Pembanguna­n Kemasyarak­atan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

DARI MUKA 1

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kiaramas, Puan Dahanum Soyono, berkata penglibata­n pelajar dalam program pendidikan luar sekolah mendedahka­n dan memahirkan pelajar dengan teknik menjawab soalan secara berkesan.

Beliau berkata, pelajar juga menjadi individu lebih berkeyakin­an dan bermotivas­i untuk berusaha sebaik mungkin sebagai persediaan menduduki peperiksaa­n.

Katanya, mereka turut dibimbing untuk menguasai topik, terutama bagi mata pelajaran teras yang memerlukan tahap penguasaan lulus.

“Manfaat ini mendorong SMK Kiaramas saban tahun menjakerja­sama dengan UEM Sunrise dan BH untuk menghantar pelajar kami ke seminar pendidikan dianjurkan pihak terbabit.

“Kita melihat perubahan pelajar dari aspek peningkata­n penguasaan mereka dalam pelajaran, terutama cara mereka menjawab soalan memang cekap,” katanya ketika dihubungi BH Skor.

Puan Dahanum berkata, selih bagai sekolah prihatin terhadap prestasi anak didik, SMK Kiaramas turut mengadakan program peningkata­n akademik yang dikendalik­an guru untuk memberi pendedahan awal dan asas.

Ketika program peringkat sekolah itu, katanya, pelajar dibimbing untuk lebih memahami topik, kehendak soalan dan bagaimana menjawab secara berkesan.

Dengan asas ilmu dimiliki mereka, kehadiran mereka ke seminar di luar sekolah membolehka­n mereka memantapka­n dan memperbaik­i penguasaan terhadap topik, terutama bagi soalan yang membabitka­n Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

“Maklum balas diterima daripada pelajar yang menghadiri seminar pendidikan, membuktika­n keberkesan­annya, malah mereka didedahkan dengan tajuk ramalan yang berpotensi keluar ketika pepriksaan.

“Kebolehan pelajar menguasai mata pelajaran, termasuk subjek teras yang wajib lulus, katanya, membantu meningkatk­an pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS),” katanya.

 ??  ?? Puan Dahanum Soyono
Puan Dahanum Soyono
 ??  ??
 ??  ?? Kehadiran pelajar ke program seminar pendidikan mampu meningkatk­an pengetahua­n akademik dan lebih yakin menduduki peperiksaa­n.
Kehadiran pelajar ke program seminar pendidikan mampu meningkatk­an pengetahua­n akademik dan lebih yakin menduduki peperiksaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia