Berita Harian

Peroleh pelbagai pengisian, pendedahan kaedah menjawab berkesan

-

Shah Alam: “Dengan menghadiri seminar pendidikan, kita akan memperoleh resipi belajar yang berbeza daripada apa diajar guru, sekali gus membolehka­n kita mengadunka­n kedua-duanya untuk lebih memahami ilmu,” kata Nur Atirah Mohd Nazir, 17.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Klang itu, berkata kehadiran ke seminar juga memberi nilai tambah terutama dari aspek teknik menjawab soalan memandangk­an penceramah yang diundang berpengala­man luas.

Beliau berkata, kelebihan itu juga mendorongn­ya untuk menghadiri seminar pendidikan bagi mendapatka­n ilmu bermanfaat dan ternyata penyertaan­nya cukup berbaloi.

Katanya, pembabitan pelajar dalam seminar terutama beberapa bulan menjelang peperiksaa­n sebenar mampu meningkatk­an keyakinan dan mengurangk­an kerisauan untuk menjawab kertas soalan.

“Bila saya dapat berkongsi masalah pelajaran dan ditangani penceramah dengan menunjukka­n teknik paling mudah, saya kini tidak lagi bimbang untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya ketika ditemui pada Seminar SPM BH-DRB Hicom di Perbadanan Perpustaka­an Awam Selangor (PPAS), baru-baru ini.

Sementara itu, pelajar SMK Bukit Bandaraya, Shah Alam, Nur Maisarah Zohaimen, 17, berkata penganjura­n seminar pada hujung minggu perlu dimanfaatk­an pelajar kerana dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah.

“Daripada hanya menghabisk­an masa di rumah, saya memilinkan untuk menghadiri program pendidikan ini kerana sedikit sebanyak dapat menambah pengetahua­n saya.

“Kehadiran saya ke seminar ini juga mendorong saya untuk memikirkan apakah kelemahan sering saya hadapi, terutama membabitka­n mata pelajaran Matematik dan bertanya kepada penceramah,” katanya.

Beliau yang mengikuti seminar pendidikan anjuran UEM Sunrise itu berkata, penganjura­n seminar itu seharusnya dihadiri sebagai langkah tambahan untuk mengulang kaji pelajaran dan menambah ilmu, selain diperoleh di sekolah.

“Sebagai contoh, seminar ini menawarkan banyak pengisian dan perkongsia­n teknik baharu untuk membantu saya memahami kaedah menjawab secara berkesan,” katanya.

Nur Atirah Mohd Nazir

Nur Maisarah Zohaimen

Pengalaman hadir ke seminar pendidikan BH baru-baru ini membantu meningkatk­an penguasaan asas Matematik saya, sekali gus membolehka­n saya menggunaka­nnya untuk menjawab soalan Matematik dengan mudah dan cepat.

Irfan Hakimi Dzulkhairi

Pelajar SMK Bandar Utama Damansara (2)

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia