Berita Harian

Ikhtiar hidup ajar Mansiz lebih berdikari

Aktiviti berkhemah, mendaki, meredah hutan dengan sertai KRS pupuk keyakinan

-

Kuala Lumpur: Badan beruniform adalah kegiatan luar kelas yang diwajibkan kepada setiap pelajar sekolah bagi memupuk nilai positif diri melalui aktiviti praktikal.

Pembabitan dalam badan beruniform menawarkan pelbagai kelebihan, seperti memupuk disiplin, meningkatk­an kemahiran diri dan melahirkan individu berpengeta­huan luas.

Kebaikan menyertai badan beruniform diakui pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Aqil Mansiz Zafarulaly, 17, yang bergiat aktif sebagai ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS).

Apakah faktor mendorong anda menyertai KRS? Minat mendalam terhadap aktiviti mencabar dan lasak mendorong saya mendaftark­an diri sebagai ahli KRS sejak Tingkatan Satu. Penyertaan dalam KRS membolehka­n saya lebih mudah melakukan aktiviti diminati, seperti berkhemah, mendaki gunung dan meredah hutan. Cara berkawad dan baju seragam juga cantik. Lebih menarik minat saya menyertain­ya adalah pasukan ini gah dan sudah bertapak lama di sekolah saya.

Boleh anda kongsikan keseronoka­n dan pengalaman yang peroleh selepas menyertai KRS? Walaupun berdepan cabaran pada peringkat awal pembabitan saya dalam KRS, seperti perlu berkawad dalam hujan dan panas serta mengambil masa tiga bulan untuk menguasai ilmu kadet, saya bersyukur kerana dapat memenuhi minat untuk mengikuti perkhemaha­n di hutan, mewakili sekolah pada peringkat tinggi dan mempelajar­i kawad. Saya bangga kerana KRS memiliki cara kawad 'berbunga-bunga' disebut formasi. Ketika melakukan kawad, pasukan kami akan menunjukka­n formasi hasil cetusan idea tersendiri yang menonjolka­n pelbagai moto dan laungan positif, antaranya 'belia benci dadah' serta 'solat tiang agama'. Gerakan formasi ini berbeza antara KRS, bergantung kepada kreativiti pasukan masing-masing.

Bagaimanak­ah anda menjalani latihan KRS di sekolah?

Kami menjalani latihan sebanyak tiga kali seminggu, iaitu pada Isnin, Selasa dan Khamis bermula jam 3 petang hingga 5 petang. Ketika latihan, ahli ditekankan dengan kawad asas, selain gerakan kepala, kaki dan tangan supaya sekata serta teratur. Jika pasukan akan menyertai pertanding­an, kami akan menjalani latihan selama empat bulan lebih awal dari tarikh acara itu.

Adakah pembabitan dalam KRS memberi manfaat kepada diri anda? Aktiviti ini mengajar saya perkara di luar kelas seperti kemahiran bagaimana untuk ikhtiar hidup di dalam hutan, mengajar saya menjadi lebih berani, memiliki nilai perjuangan dan yakin berdepan cabaran. Saya juga dapat meningkatk­an nilai positif dalam diri seperti disiplin, ketahanan fizikal dan kekuatan mental.

Apakah impian anda sebagai ahli?

Saya berharap suatu hari nanti diterima menyertai Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah Malaysia (Karesma).

 ??  ?? Aqil Mansiz Zafarulaly
Aqil Mansiz Zafarulaly
 ??  ?? Pembabitan sebagai Ketua Platun KRS membantu memupuk sifat kepimpinan dalam diri Aqil Mansiz Zafarulaly
Pembabitan sebagai Ketua Platun KRS membantu memupuk sifat kepimpinan dalam diri Aqil Mansiz Zafarulaly

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia