Berita Harian

SMS Tengku Muhammad Faris Petra johan bicara berirama

Kesan tema Kepentinga­n Lautan ketepi sembilan pesaing

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan ffarhana@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penceritaa­n menarik, jelas dan berimpak dengan mengetenga­hkan tema Kepentinga­n Lautan membawa tuah kepada pasukan Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bahru, Kelantan apabila dinobatkan sebagai johan Pertanding­an Bicara Berirama Kebangsaan 2019, baru-baru ini.

Kemenangan itu melayakkan pasukan diwakili 25 pelajar untuk membawa pulang Piala Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), wang tunai RM1,500, plak dan sijil.

Pertanding­an dianjurkan UMT bertempat di Dewan Sultan Mizan universiti itu menyaksika­n sekolah terbabit mengetepik­an sembilan pesaing yang masing-masing johan pada peringkat zon, seperti Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, SMS Muzaffar Shah, SMS Miri, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan, MRSM Baling, MRSM Pasir Salak, MRSM Gemencheh dan MRSM Kota Putra.

Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar, berkata pemilihan tema pertanding­an itu bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda berhubung kepentinga­n melindungi biodiversi­ti marin.

Penganjura­n pertanding­an itu, katanya, mampu memperkasa­kan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah, malah memperkena­lkan UMT sebagai universiti awam yang menawarkan bidang sains kelautan di Malaysia.

“Sebagai universiti yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains marin, UMT mengambil peluang ini untuk mendekati masyarakat, terutama generasi muda supaya mereka tahu mengenai bidang berkaitan.

“Bersempena sambutan Hari Laut Sedunia, pendekatan diambil UMT bagi menganjurk­an pertanding­an ini cukup tepat bagi membangkit­kan kesedaran mengenai kepentinga­n menjaga dan memulihara kelestaria­n laut serta biodiversi­ti,” katanya.

Naib johan pertanding­an itu dimenangi Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, manakala Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah meraih tempat ketiga.

Konduktor Terbaik disandang peserta dari Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Arissa Hadirah Ahmad Zaimi yang menerima hadiah wang tunai RM100, plak dan sijil.

Yang turut hadir ialah Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Encik Azman Othman; Penolong Pegawai Kanan Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlan­gan, Encik Mohamed Azhar Mohamed Harith dan Pengetua MRSM Kuala Terengganu, Encik Ahmad Shariff.

 ??  ?? SMS Tengku Muhammad Faris Petra muncul juara dalam pertanding­an Choral Speaking 2019, sekali gus membawa pulang Piala Naib Canselor UMT, baru-baru ini.
SMS Tengku Muhammad Faris Petra muncul juara dalam pertanding­an Choral Speaking 2019, sekali gus membawa pulang Piala Naib Canselor UMT, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia